Pemandu Honda CRV tular kena cekup

Pemandu Honda CRV Tular kena Cekup

 

 

24 April 2021, 11:11 pm

 

KLANG – Tindakan seorang tukang masak yang tular memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) secara melulu, Rabu lalu membawa padah apabila ditahan hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar berkata, suspek berusia 58 ditangkap petang tadi selepas hadir membuat laporan polis ke Balai Polis Trafik Klang Selatan.

 

Katanya, penahanannya selepas penularan satu klip video berdurasi 17 saat yang memaparkan pemanduan sebuah SUV jenis Honda CRV secara berbahaya dengan memotong dari arah kiri secara tiba-tiba di jalan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

See also  Polis berjaya selamatkan Dua warga India mangsa dera bekas penyelia  

 

Berdasarkan video yang tular, kejadian berlaku pukul 4.55 petang.

 

“Klip video tersebut juga memaparkan pemandu kenderaan tersebut telah secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya.

 

“Ini menyebabkan pemandu yang merakam video tersebut turut membrek secara mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Beliau memberitahu, suspek yang sedang bekerja telah menerima satu rakaman video berhubung kejadian itu selain menerima banyak panggilan telefon dan pesanan mesej menerusi apliksi WhatsApp.

See also  Tular video lori tangki dipandu secara berbahaya

 

Ujar Shamsul Amar, dia kemudiannya telah datang membuat laporan polis mengenainya.

 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

 

Terdahulu, tular video aksi sebuah SUV memandu melulu memasuki laluan bertentangan yang dipercayai menyebabkan kepala anak kepada penumpang di belakang kenderaan itu seolah-olah terhantuk kepada komponen dalam keretanya.

Ekoran kejadian itu juga tular beberapa video lagi di laman sosial Facebook memaparkan aksi dipercayai pemandu sama dengan tindakannya sebegitu dilakukan sejak 2018. -K!ONLINE

See also  Tahniah PDRM 17 ahli sindiket Macau Scam diberkas
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu Honda CRV tular kena cekup " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363048
Users Today : 1187
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9943
Users Last 30 days : 65398
Users This Month : 52066
Users This Year : 363047
Total Users : 363048
Views Today : 1889
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15466
Views Last 30 days : 101006
Views This Month : 80805
Views This Year : 559871
Total views : 559872
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares