Protes terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Muhibbah, Tawau.

Tindakan tegas akan diambil: Hazani

24 Apr 2021

 

KOTA KINABALU – Tindakan tegas akan diambil terhadap penduduk yang menyertai perhimpunan protes terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Muhibbah, Tawau.

 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan itu termasuk kemungkinan semua yang ditahan akan dikenakan kompaun sehingga maksimum RM10,000.

“Apa yang dilakukan kumpulan berkenaan jelas melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan.

See also  Info Covid19 10 Ogos 2021: Jumlah 19,991 kes

 

“Kompaun RM10,000 mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 terpakai untuk semua kategori PKP,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

 

Tambah beliau lagi, tindakan yang diambil itu berdasarkan Ordinan Darurat yang dilaksanakan dan ia untuk keselamatan orang ramai.

 

Kampung Muhibbah adalah salah satu lokaliti yang dikuatkuasakan PKP dan menyebabkan semua penduduk di kampung berkenaan tidak dibenarkan keluar sehingga menjejaskan sumber pendapatan orang ramai.

See also  {Video} Lelaki murung maut jatuh tingkat 10 pangsapuri

 

Penguatkuasaan PKP itu yang sepatutnya tamat pada Jumaat bagaimanapun dilanjutkan sehingga 8 Mei depan ekoran keadaan peningkatan kes yang signifikan.

 

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu menyebabkan beberapa individu bertindak menganjurkan perhimpunan aman pada Sabtu bagi menunjukkan protes kepada keputusan yang dibuat pihak berkuasa.

 

Bagaimanapun, susulan daripada perhimpunan itu, seramai enam individu ditahan kerana didapati melanggar SOP

See also  (DashCam) Kanak-kanak lintas jalan parah dilanggar di depan rumah 
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Protes terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Muhibbah, Tawau. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385547
Users Today : 1625
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17310
Users Last 30 days : 60863
Users This Month : 12551
Users This Year : 385546
Total Users : 385547
Views Today : 2487
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25653
Views Last 30 days : 92786
Views This Month : 18572
Views This Year : 593266
Total views : 593267
Who's Online : 10
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares