{DashCam} Wanita maut, anak parah dirempuh Toyota Hilux langgar lampu merah

Wanita maut, anak parah dirempuh Toyota Hilux langgar lampu merah

 

Muar: Wanita maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Temenggong Ahmad dekat sini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian pada 7.46 pagi itu, mangsa Norain Abu Samah, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan.

 

“Sementara, anak Norain, Nur Nabila Alisha Mohd Zalisham, 19, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan parah, manakala 14 mangsa lain tidak mengalami kecederaan.

 

See also  VIDEO: Polis siasat Alphard potong kenderaan di garisan berkembar 

“Siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dipandu Gui Chui, 69, dari arah Parit Jawa menghala ke pusat bandar Muar memandu dengan kelajuan yang tinggi.

 

“Dia juga tidak berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang baru bergerak selepas lampu hijau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Katanya, akibat kemalangan itu Toyota Hilux terbabas dan masuk ke laluan bertentangan serta melanggar empat lagi kenderaan lain.

 

“Sampel darah dan air kencing pemandu Toyota Hilux berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia untuk saringan alkohol dan dadah.

See also  Pemandu wanita buat pusingan U di lampu isyarat didenda RM5,500

 

“Kes kemudiannya disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, seramai 13 anggota bomba, satu jentera LFRT, satu jentera EMRS dan dua unit RIM daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat.

 

“Kemalangan membabitkan enam kenderaan iaitu Perodua Myvi, Nissan Grand Lavina, Nissan Urvan, Van Ford Spectron dan dua kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux,” katanya.

 

See also  DashCam✓✓Dakwaan pemandu mabuk rempuh empat kenderaan disiasat

Terdahulu, awal pagi tadi tular di media sosial rakaman video berdurasi 23 saat menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi dirempuh laju Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Muar.

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {DashCam} Wanita maut, anak parah dirempuh Toyota Hilux langgar lampu merah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133181
Users Today : 1576
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20493
Users Last 30 days : 69196
Users This Month : 26906
Users This Year : 133180
Total Users : 133181
Views Today : 2527
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31870
Views Last 30 days : 108212
Views This Month : 41846
Views This Year : 204236
Total views : 204237
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares