Langgar lampu merah, kereta rempuh motosikal

Langgar lampu merah, kereta rempuh motosikal

 

Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal terjatuh selepas dilanggar lari sebuah kereta Honda City di satu persimpangan lampu isyarat, semalam.

 

Kejadian itu dikatakan berlaku jam 5.36 petang semalam berdasarkan rakaman kamera perakam video (dashcam) yang tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 32 saat itu menunjukkan kereta berkenaan melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit kemalangan dengan motosikal yang datang dari arah kanan.

See also  Suami isteri buat eksperimen sosial dicekup polis

 

Kemalangan itu mengakibatkan penunggang motosikal terjatuh, namun tidak dapat dipastikan kecederaannya.

 

Berdasarkan maklumat yang tular, kejadian itu dikatakan berlaku di persimpangan lampu isyarat di kawasan Selayang, Gombak.

See also  Pemandu Langgar Lampu Isyarat wajar di kenakan tindakan keras

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian.

 

“Tiada laporan, kita akan buat semakan sama ada benar ia berlaku di Selayang,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

▶️Harian Metro

See also  Timbus lubang lorong tikus untuk rentas negeri
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Langgar lampu merah, kereta rempuh motosikal " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385599
Users Today : 1677
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17362
Users Last 30 days : 60915
Users This Month : 12603
Users This Year : 385598
Total Users : 385599
Views Today : 2577
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25743
Views Last 30 days : 92876
Views This Month : 18662
Views This Year : 593356
Total views : 593357
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares