Pemandu kereta tular langgar penunggang motosikal di lampu isyarat tampil buat laporan

Pemandu kereta tular langgar penunggang motosikal di lampu isyarat tampil buat laporan

NASIONAL

25 April 2021

 

 

GOMBAK – Pemandu kereta yang tular di media sosial kerana melanggar seorang penunggang motosikal ketika lampu isyarat berwarna merah telah tampil membuat laporan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pemandu kereta Honda City berwarna putih itu hadir ke balai polis kira-kira pukul 5.08 petang.

 

Menurutnya, sebuah video tular di laman Facebook menunjukkan rakaman sebuah kereta yang bergerak ke hadapan lalu melanggar motosikal di hadapannya.

See also  Pemandu Honda CRV tular kena cekup

 

“Kejadian itu berlaku semalam kira-kira pukul 5 petang semasa pemandu lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci sedang dalam perjalanan dari Batu Caves menghala ke Laman Damai, Kepong.

 

“Berdasarkan rakaman percakapan pemandu kereta, dia mengaku tidak perasan lampu isyarat di tempat kejadian masih merah. Apabila berlaku kemalangan jalan raya, pemandu telah terkejut dan berasa takut lalu terus pulang ke rumah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

 

See also  Bayi dihurungi semut ditinggal di belakang rumah

Mengulas lanjut, Arifai berkata, saringan air kencing terhadap pemandu kereta menunjukkan keputusan negatif.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan serta maklumat penunggang motosikal diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” ujarnya.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 32 saat memaparkan sebuah kereta berwarna putih melanggar sebuah motosikal di hadapannya ketika lampu isyarat berwarna merah.

See also  Motosikal Warga Emas kehabisan petrol dibantu anggota Ronda PDRM

 

Pemandu motosikal dilihat terduduk di tepi jalan sementara kereta berkenaan terus meninggalkan lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu kereta tular langgar penunggang motosikal di lampu isyarat tampil buat laporan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156153
Users Today : 943
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24548
Users Last 30 days : 79977
Users This Month : 49878
Users This Year : 156152
Total Users : 156153
Views Today : 1712
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37224
Views Last 30 days : 123266
Views This Month : 76543
Views This Year : 238933
Total views : 238934
Who's Online : 6
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares