2 ditahan guna surat Istana Negara palsu rentas negeri

2 ditahan guna surat Istana Negara palsu rentas negeri

 

28 Apr 2021

KUALA LUMPUR – Dua individu ditahan di Jalan P Ramlee di sini pada Isnin kerana mengemukakan tiga surat dokumen rentas negeri dengan menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara disyaki palsu.

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya telah menahan seorang wanita dan lelaki berusia 27 dan 47 tahun dalam keadaan mencurigakan pada jam 10.30 malam.

 

“Semasa pemeriksaan dijalankan, wanita tersebut menyerahkan tiga keping surat dokumen rentas negeri yang disyaki palsu untuk digunakan bagi pelepasan rentas negeri.

See also  {{Video}} Seorang maut kemalangan 4 kenderaan di AKLEH

 

“Surat tersebut menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Rahman yang mana surat tersebut menjelaskan kebenaran daripada Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

 

Mohamad Zainal berkata, surat tersebut juga menyatakan wanita itu sebagai Datuk.

 

“Gelaran Datuk itu disyaki palsu, lelaki tersebut pula merupakan pembantu kepada suspek dan merupakan anak saudaranya,” katanya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurutnya, semakan rekod jenayah ke atas wanita tersebut mendapati suspek pernah terlibat dengan siasatan di bawah Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan dan 420 Kanun Keseksaan pada tahun 2017 dan 2018.

See also  Penghantar Makanan Adik Lin dihadiahkan sebuah motosikal

 

“Kedua-dua individu itu kini direman tiga hari bermula Selasa sehingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Mohamad Zainal menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.

 

“Sebarang maklumat berkaitan penggunaan dokumen rentas negeri yang tidak sah boleh disalurkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Dang Wangi Kuala Lumpur di talian 03-2600222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999,” katanya.

See also  Langgar SOP di pusat snuker: 17 individu dikompaun RM5,000 seorang

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 2 ditahan guna surat Istana Negara palsu rentas negeri " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370556
Users Today : 2319
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14737
Users Last 30 days : 65962
Users This Month : 59574
Users This Year : 370555
Total Users : 370556
Views Today : 3232
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 22002
Views Last 30 days : 101612
Views This Month : 91779
Views This Year : 570845
Total views : 570846
Who's Online : 12
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares