Kompaun RM50,000 masih boleh rayu – KPN

Kompaun RM50,000 masih boleh rayu – KPN

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tan Sri Abdul Hamid Bador. FOTO Bernama.

 

“Itu bukanlah ‘hukuman mati’ (bukan muktamad), saya sudah berkali-kali nyatakan mereka boleh merayu (kepada Kementerian Kesihatan).

 

Kuala Lumpur: Kompaun RM50,000 yang dikenakan oleh polis terhadap dua peniaga di Kota Bharu, Kelantan kerana berniaga melebihi masa yang dibenarkan, masih boleh dirayu menggunakan alasan yang munasabah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

 

“Itu bukanlah ‘hukuman mati’ (bukan muktamad), saya sudah berkali-kali nyatakan mereka boleh merayu (kepada Kementerian Kesihatan).

See also  Dedikasi dua jam sehari berbakti pada 100 kucing jalanan

 

“Ia bukan ‘mati’ di situ, boleh merayu dan berikan faktor-faktor yang boleh dimaafkan atau diringankan jumlah kompaun,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian Surat Penghargaan Tolak Rasuah PDRM di Bukit Aman, di sini hari ini.

 

Pada masa sama, Abdul Hamid berkata, pihaknya akan mendapatkan perincian sebenar mengenai kejadian itu.

 

“Saya hendak mendengar kedua-dua belah pihak, saya percaya anak buah saya lakukan kerja itu dengan ikhlas tetapi mereka yang terkesan tadi rasa ia tidak adil,” katanya.

See also  Polis buru banduan lolos

 

Kes dua peniaga itu tular menerusi media sosial dengan seorang peniaga burger mendakwa dikompaun RM50,000 kerana dikatakan masih berniaga pada sekitar 11 malam, sekalipun gerai burger di depan rumahnya tersebut tidak lagi dibuka kepada pelanggan, sebaliknya dia hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar kepada pekerja kilang.

 

Satu lagi kes membabitkan pasangan suami isteri yang berniaga colek di depan rumah mereka juga kerana beroperasi melebihi masa yang dibenarkan.

 

Kelantan kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan hingga 29 April yang antara lain mengehadkan waktu operasi perniagaan bagi membendung penularan kes Covid-19.

See also  [Video]Maki hamun Penguatkuasa kerana kompaun parkir OKU

 

Disiarkan pada: April 28, 2021 @ 4:54pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kompaun RM50,000 masih boleh rayu - KPN " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363045
Users Today : 1184
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9940
Users Last 30 days : 65395
Users This Month : 52063
Users This Year : 363044
Total Users : 363045
Views Today : 1884
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15461
Views Last 30 days : 101001
Views This Month : 80800
Views This Year : 559866
Total views : 559867
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares