Polis buru lelaki tunjuk kemaluan

Polis buru lelaki tunjuk kemaluan

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

28 April 2021, 6:09 pm

 

KOTA BHARU – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Lorong Taman Limau Manis di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi, lelaki terbabit sedang mengayuh basikal sebelum menghampiri mangsa yang berusia 23 tahun yang berada di dalam keretanya di kawasan berkenaan.

 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa memberikan wang sebanyak RM1 kepada lelaki terbabit yang dilihat seperti orang kelainan upaya (OKU) atau pengemis.

See also  Wanita hiris kemaluan kawan ketika lalok

 

“Sebaik menyerahkan wang, lelaki terbabit kemudian membuka zip seluarnya sebelum menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

 

“Bimbang dengan keselamatannya, mangsa yang bekerja sebagai jurujual telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira pukul 9 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

 

See also  Pasangan suami isteri buat video minum racun ditahan

Abdul Rahim berkata, polis kini sedang berusaha untuk mengesan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut kerana melakukan perbuatan lucah dan mengaibkan itu.

 

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

 

Terdahulu, meskipun Lorong Taman Limau Manis dilengkapi dengan kamera televisyen litar tertutup (CCTV), laluan itu merupakan lokasi panas yang sering berlaku kes jenayah di daerah ini.

 

Sebelum ini, seorang warga emas didapati meraba bahagian punggung wanita sebelum memecut laju motosikal yang ditunggangnya di kawasan sama pada hujung bulan lalu. – K! ONLINE

See also  Lelaki tunjuk kemaluan kepada tiga wanita ditahan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis buru lelaki tunjuk kemaluan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378107
Users Today : 1702
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16246
Users Last 30 days : 61497
Users This Month : 5111
Users This Year : 378106
Total Users : 378107
Views Today : 2304
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24181
Views Last 30 days : 94433
Views This Month : 7469
Views This Year : 582163
Total views : 582164
Who's Online : 7
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares