Anggota trafik lapor polis gambar tular tak pakai pelitup muka

Anggota trafik lapor polis gambar tular tak pakai pelitup muka

Kuala Lumpur: Seorang anggota polis trafik membuat laporan polis susulan penularan gambarnya yang tidak memakai pelitup muka ketika bertugas di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, baru-baru ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian itu berlaku pada Rabu lalu ketika anggota terbabit sedang bertugas mengawal lalu lintas di sekitar jalan berkenaan dan Lorong Tunku Abdul Rahman 7 iaitu di kawasan pasar malam bermula jam 1 petang hingga 10 malam.

See also  Video Avanza bawa barang terlarang dipandu melawan arus

 

“Anggota itu baru selesai berbuka puasa bersama lima rakan sekerja lain di bawah sebuah khemah di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Esfahan berhampiran sebuah pusat beli belah jam 8 malam.

 

“Selepas berbuka puasa, anggota berkenaan menuju ke motosikal untuk meneruskan tugasannya dan gambar terbabit dipercayai diambil sebelum dia memakai semula pelitup muka serta topi keledar untuk meneruskan rondaan.

See also  'Hidup kami tidak aman...'

 

“Berikutan itu, anggota berkenaan membuat laporan polis kerana tindakan individu terbabit (mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial) cuba menjatuhkan maruahnya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

 

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat berhubung perkara itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana- mana balai polis berhampiran.

See also  Polis berjaya pujuk hantar balik warga emas ke rumah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Anggota trafik lapor polis gambar tular tak pakai pelitup muka " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146561
Users Today : 3010
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21867
Users Last 30 days : 77959
Users This Month : 40286
Users This Year : 146560
Total Users : 146561
Views Today : 4194
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33251
Views Last 30 days : 119467
Views This Month : 61381
Views This Year : 223771
Total views : 223772
Who's Online : 41
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares