Mangsa lori terjunam Sungai Perai ditemui mati

Mangsa lori terjunam Sungai Perai ditemui mati

 

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas sebuah lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai di sini semalam ditemui mati hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mayat mangsa, K. Palaniappan, 66, ditemui kira-kira pukul 11.20 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat di dalam sungai berkenaan di sekitar kawasan kejadian.

 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya membuat pencarian di dalam kawasan radius satu kilometer dari tebing sungai berkenaan sebelum mayat mangsa ditemui.

See also  Percakaran antara peniaga tanpa lesen dan Penguatkuasa 

 

“Mayat kemudiannya dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada polis dan operasi ditamatkan pukul 11.36 pagi,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas lori 10 tan yang dipandunya terjunam ke dalam sungai tersebut semalam.

See also  Budak lelaki terperangkap dalam kereta

 

Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.10 malam sebelum bergegas ke lokasi.

 

Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai rakaman kejadian memaparkan seorang lelaki berjalan kaki menuju ke arah sebuah lori yang diparkir di tepi sungai.

 

Lelaki itu dilihat menaiki bahagian tempat duduk pemandu sebelum kenderaan terbabit meluncur ke hadapan dan menjunam ke dalam sungai.

See also  ????️????️Bomba selamatkan remaja tertusuk hendel motosikal di peha

 

▶️ KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Mangsa lori terjunam Sungai Perai ditemui mati " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367084
Users Today : 1996
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11716
Users Last 30 days : 64063
Users This Month : 56102
Users This Year : 367083
Total Users : 367084
Views Today : 2979
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17875
Views Last 30 days : 99016
Views This Month : 86817
Views This Year : 565883
Total views : 565884
Who's Online : 7
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares