Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri

Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri

 

Kuala Lumpur: Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling di sini, yang video kejadian itu tular di media sosial semalam.

.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pasangan terbabit datang ke Balai Polis Sri Petaling pada 4 petang hari sama.

.

“Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku berlaku salah faham mengenai penjagaan anak.

.

“Ketua Balai Polis Sri Petaling menasihati mereka supaya membuat laporan polis, namun mereka enggan berbuat demikian dan sudah berdamai sebelum beredar dari balai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

See also  TEMBAK ISTERI SEDANG TIDUR KERANA CEMBURU

.

 

Sebelum itu, rakaman berdurasi satu minit 10 saat dimuat naik seorang pemilik akaun di Twitter yang menunjukkan suami isteri bertengkar sambil memangku seorang bayi dalam kereta di hadapan sebuah kedai di Jalan Radin Bagus.

.

Perakam video itu mendakwa lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya, menyebabkan dia menjerit meminta bantuan orang awam dan rakaman kejadian berkenaan tular di media sosial.

See also  Isteri Maut ditampar, ditumbuk suami

.

Mengulas lanjut, Anuar menafikan komen warganet yang mendakwa polis tidak menjawab telefon dan tidak melaksanakan tugas dengan baik.

.

“Saya menafikan komen berkenaan dan segala tindakan diambil oleh Ketua Balai Polis Sri Petaling.

.

“Dakwaan netizen (warganet) adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam memberi komen yang menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan persepsi orang awam terhadap polis.

See also  Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah di kepala

.

Disiarkan pada: April 29, 2021 @ 11:47pm

Raja Noraina Raja Rahim

rnoraina@hmetro.com.my

Video Media sosial

 

#HarianMetro

#kualalumpur

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148676
Users Today : 283
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23982
Users Last 30 days : 80074
Users This Month : 42401
Users This Year : 148675
Total Users : 148676
Views Today : 383
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36669
Views Last 30 days : 122885
Views This Month : 64799
Views This Year : 227189
Total views : 227190
Who's Online : 16
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares