Sanggup tipu polis kerana tiada wang mahu kahwin!

Sanggup tipu polis kerana tiada wang mahu kahwin!

Port Dickson: Sanggup menipu kenderaan miliknya dicuri semata-mata untuk mendapatkan wang ganti rugi insurans yang mahu digunakan bagi menampung majlis perkahwinan.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Difahamkan lelaki berusia 25 tahun itu membuat laporan polis berhubung kehilangan Kenderaan utiliti sukan (SUV) model Subaru Forester di perkarangan parkir Lukut Prima di sini, pada jam 9.30 malam, 20 April lalu.

 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, hasil soal siasat awal, pengadu mendakwa meletakkan kenderaan miliknya itu di kawasan berkenaan untuk keluar makan bersama rakan.

See also  Episod 2 - KEHILANGAN MISTERI JET PENGASAS COKLAT KANDOS!

 

“Sebaik dia kembali semula pada jam 9 malam, lelaki itu mendapati kenderaannya hilang sebelum membuat laporan polis.

 

“Namun selepas disoal siasat lanjut kami mendapati pengadu sengaja mengada-adakan dan membuat laporan palsu. Kenderaan itu disorok di lokasi lain.

 

“Dia sengaja mereka cerita kehilangan kenderaannya itu untuk membuat tuntutan insuran atas ‘kecurian’ yang berlaku,” katanya semalam.

 

Beliau berkata, lelaki terbabit mendakwa terdesak untuk mendapatkan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan.

 

“Susulan itu lelaki itu tahan pada jam 1.30 petang, Isnin lalu, oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Port Dickson dan JSJ Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan kerana membuat laporan palsu,” katanya.

See also  Lesen batal jika warga asing kahwin penduduk tempatan untuk berniaga

 

Menurutnya, polis akhirnya berjaya menemui semula kenderaan disorokkan lelaki itu di belakang pasar raya di Lukut di sini.

 

Aidi Sham berkata, lelaki itu yang bekerja sebagai penganalisis data itu kini masih ditahan di Lokap Polis Port Dickson untuk siasatan lanjut.

 

“Lelaki itu akan disiasat lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

See also  Aksi Kejar Mengejar dengan polis, dua lelaki gagal seludup PATI

 

“Pihak polis memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang masih berdegil membuat laporan polis palsu yang menyusahkan banyak pihak,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Sanggup tipu polis kerana tiada wang mahu kahwin! " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371987
Users Today : 602
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15299
Users Last 30 days : 64422
Users This Month : 61005
Users This Year : 371986
Total Users : 371987
Views Today : 909
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22935
Views Last 30 days : 99261
Views This Month : 94047
Views This Year : 573113
Total views : 573114
Who's Online : 5
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares