Warga emas rayu bantuan, rumah tunggu masa sembah bumi

Warga emas rayu bantuan, rumah tunggu masa sembah bumi

 

“Tidak ada wakil rakyat datang menjenguk keadaan saya di sini apatah lagi memberi bantuan,”

 

By Malinda Abdul Malik

29 April 2021

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA KURAU – “Walaupun struktur kayu dinding dan lantai rumah robek dimakan anai-anai, tapi inilah syurga saya berlindung dari panas dan hujan”.

 

Itu luahan seorang wanita berusia 85 tahun apabila rumahnya di Parit Teluk Pial Baruh, di sini, menunggu masa rebah menyembah bumi.

Menurut Ropiah Abdurrosid, rumah peninggalan arwah suaminya itu didiami sejak tahun 1970-an, namun sejak kebelakangan ini keadaan rumah semakin uzur akibat dimamah anai-anai.

 

Jelasnya, dia kini berdepan situasi kemasukan binatang berbisa susulan dinding belakang rumah tersebut runtuh akibat kejadian ribut dua bulan lalu.

Kata wanita itu, dia juga bimbang terjerlus ke bawah susulan papan kediaman reput kerana kerap ‘bermandikan’ hujan akibat bumbung bocor.

See also  Cemas Dihanyut banjir ketika hantar bantuan makanan

 

“Saya memilih untuk terus tinggal di kediaman ini walaupun enam orang anak sering memanggil saya untuk tinggal bersama. Bukan nak menunjukkan mereka abaikan saya tetapi saya sendiri tidak mahu menyusahkan mereka yang sudah mempunyai keluarga tambahan pula pendapatan mereka pun tak seberapa.

 

“Selama ini saya tidak pernah minta bantuan daripada mana-mana pihak tetapi keaaaan kini sangat terpaksa kerana rumah yang didirikan arwah suami atas tanah sewa ini menunggu masa untuk runtuh sepenuhnya.

 

“Tidak ada wakil rakyat datang menjenguk keadaan saya di sini apatah lagi memberi bantuan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di rumahnya hari ini.

 

Tambahnya, tiada bantuan diterimanya untuk meneruskan sisa hidup malah dia serta anak lelakinya pernah berjumpa dengan satu pihak bagi mendapatkan bantuan membaiki rumah namun tidak dipedulikan.

 

“Bukan tidak peduli permintaan kami, malah kehadiran kami turut dipertikai membuatkan saya kesal dan sedih atas layanan yang diberikan.

See also  Pemangku Raja Pahang mahu aktiviti perlombongan di Tasik Chini dihentikan

 

“Saya bukan minta binakan semula rumah yang sama, sekadar minta satu pondok yang selesa untuk saya diami tapi itupun tidak dihiraukan,” kata Ropiah.

Sementara itu, anak keduanya, Eliyas Samsuri,46, berkata, setiap hari dia akan datang menjenguk ibunya susulan bimbang sesuatu yang buruk menimpa wanita itu.

 

Jelas operator kilang itu, pendapatan RM1,000 membuatkan dia tidak mampu membina kediaman sempurna buat ibunya malah permintaan untuk dibawa tinggal bersamanya turut ditolak.

 

“Bukan kami abaikan mak, malah sebagai seorang anak saya cuba baiki rumah yang didiami itu sekadar yang mampu memandangkan gaji saya memadai untuk perbelanjaan saya dan anak-anak.

 

“Tidak pernah sehari saya tidak datang menjenguk dia, malah sejak kejadian ribut dua bulan lalu membuat diri saya tertekan kerana tidak mampu menjaminkan keselamatannya di malam hari.

See also  Rider FoodPanda tergamam dapat tip penghantaran RM1,000. 

 

“Saya harap pihak berwajib dapat menolong baiki rumah mak agar dia dapat menjalani kehidupan seperti orang lain,” kata Eliyas.

 

MalaysiaGazette difahamkan, wanita warga emas itu mengharapkan pendapatan anaknya untuk perbelanjaan harian serta pembayaran bil elektrik memandangkan tidak mendapat sebarang bantuan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun Zakat Perak.

 

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional 082102838991791 Ropiah Abdurrosid. – MalaysiaGazette

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga emas rayu bantuan, rumah tunggu masa sembah bumi " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378372
Users Today : 1967
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16511
Users Last 30 days : 61762
Users This Month : 5376
Users This Year : 378371
Total Users : 378372
Views Today : 2704
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24581
Views Last 30 days : 94833
Views This Month : 7869
Views This Year : 582563
Total views : 582564
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares