JHEAINS periksa pasar raya jual ‘boxer’ tertera ayat al-Quran

JHEAINS periksa pasar raya jual ‘boxer’ tertera ayat al-Quran

 

Sandakan: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan mengesahkan seluar dalam lelaki ataupun ‘boxer’ didapati tertera ayat al-Quran.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, perkara itu tular melalui Facebook sebelum ini.

 

Menurutnya, susulan itu pihaknya bergegas membuat pemeriksaan ke pasar raya seperti ditularkan.

“Sebaik tiba, pemeriksaan mendapati memang ada boxer berkenaan dijual di situ tetapi ia sudah pun disimpan.

See also  Bakti kerani sekolah, redah banjir hantar bahan latihan pelajar

 

“Susulan itu, kami bergegas ke cawangan pasar raya berkenaan dan menemui boxer itu masih dipamerkan.

 

“Kami merampas sehelai untuk tindakan lanjut dan meminta pasar raya tidak menjual boxer terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Romzi berkata, pasar raya berkenaan memaklumkan mereka tidak terlibat dalam menghasilkan boxer itu dan pihak syarikat boxer dilaporkan sudah mengeluarkan arahan penarikan boxer terbabit.

See also  KRONOLOGI KONFRONTASI 1963-1965 INDONESIA TERHADAP MALAYSIA YANG PERLU ANDA KETAHUI.

 

“Seterusnya kami membuat pemantauan ke pasar raya lain dan menemui sebuah lagi pasar raya turut menjual boxer itu dan mereka kemudiannya menyimpannya.

 

“Setakat ini semua pasar raya yang menjual boxer itu sudahpun diminta tidak menjual boxer terbabit.

 

“Bagaimanapun, tindakan lanjut akan diambil bagi menangani perkara tersebut,” katanya.

 

Sebelum ini, beberapa keping gambar memaparkan boxer tertera ayat al-Quran tular di Facebook.

See also  1 jam musnah 200 pokok kelapa sawit haram
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " JHEAINS periksa pasar raya jual 'boxer' tertera ayat al-Quran " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363644
Users Today : 263
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10539
Users Last 30 days : 65994
Users This Month : 52662
Users This Year : 363643
Total Users : 363644
Views Today : 342
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16268
Views Last 30 days : 101808
Views This Month : 81607
Views This Year : 560673
Total views : 560674
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares