Lelaki tular video anggota trafik kerana tidak puas hati disaman

Lelaki tular video anggota trafik kerana tidak puas hati disaman

 

PETALING JAYA: Satu kertas siasatan telah dibuka polis terhadap seorang lelaki yang bertindak memuat naik video anggota trafik dalam laman sosial Instagram, semalam.

Penyebaran video berkenaan dipercayai dilakukan oleh lelaki itu selepas tidak berpuas hati disaman atas kesalahan guna lesen kenderaan motor bagi tujuan lain.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, susulan itu, anggota terbabit membuat laporan selepas mengetahui dirinya dan rakan setugas ditularkan oleh seorang lelaki di Instagram, semalam.

See also  'Pak guard' kena lempang gara-gara minta periksa suhu

 

“Suspek tidak berpuas hati dengan tindakan pengadu mengeluarkan saman atas kesalahan guna lesen kenderaan motor (LKM) bagi tujuan lain pada Isnin lalu dan menyebabkan dia sudah dikenakan denda RM1,000 oleh mahkamah atas kesalahan itu.

 

“Suspek juga datang ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam untuk membuat laporan polis kerana terbabit kemalangan langgar belakang dan dikenakan saman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

See also  Spesis tak boleh bincang sila cari rumah luar kawasan taman

 

Tambah Mohamad Fakhrudin, semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai rekod lampau dikehendaki bersabit Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum dia diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Cheras bagi siasatan lanjut.

“Suspek menularkan video berkenaan menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta reputasi anggota trafik terbabit.

 

“Justeru itu, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya.

See also  Kereta dilarikan ketika 'lepas hajat'

 

▶️ UTUSAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki tular video anggota trafik kerana tidak puas hati disaman " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385576
Users Today : 1654
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17339
Users Last 30 days : 60892
Users This Month : 12580
Users This Year : 385575
Total Users : 385576
Views Today : 2544
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25710
Views Last 30 days : 92843
Views This Month : 18629
Views This Year : 593323
Total views : 593324
Who's Online : 6
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares