Rakaman Ahli perniagaan pukul, ugut tembak pemandu peribadi ditahan

Ahli perniagaan pukul, ugut tembak pemandu peribadi ditahan

 

Kajang: Tindakan seorang ahli perniagaan memukul dan mengugut untuk menembak pemandu peribadinya mengundang padah apabila dia ditahan polis, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 28 tahun yang memaklumkan dia diugut majikannya berusia 53 tahun ketika berada di rumah suspek di Country Height, di sini, pada 9.15 pagi.

 

“Kejadian berlaku pada 1.22 pagi semalam, ketika mangsa dan suspek tiba di rumahnya selepas baru pulang dari Kuala Lumpur.

See also  [Video] Samseng Jalanraya tidak peduli ketegasan undang-undang

 

“Mangsa dan suspek bertengkar dan ketika itu, majikannya mengugut untuk menembak lelaki terbabit sekiranya dia keluar dari rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Mohd Zaid berkata, suspek ada mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa dan menendangnya di bahagian bahu.

 

Beliau berkata, suspek turut merosakkan motosikal milik mangsa dan menyebabkannya terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk melarikan diri sebelum datang ke balai polis untuk membuat laporan.

 

“Susulan itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan suspek di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang pada 4.50 petang semalam.

See also  'Datuk Seri' ugut memporak-perandakan polis - Ayob Khan

 

“Suspek direman selama dua hari bermula semalam hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323/506/427/341 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut seksyen berkenaan kerana mendatangkan kecederaan, melakukan ugutan jenayah, melakukan perbuatan khianat serta melakukan halangan salah terhadap mangsa.

 

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohamad Khir di talian 014-5307540 atau balai polis berhampiran.

 

Terdahulu, satu video berdurasi tiga minit 29 saat menunjukkan pemandu berkenaan merakam majikannya yang mengugut dan menendangnya di hadapan rumah ahli perniagaan terbabit tular di media sosial, hari ini.

▶️Harian Metro

See also  Video✓✓ Tindakan pantas anggota polis trafik Kuala Lumpur berjaya membantu 3 beranak yang hampir dihanyutkan oleh kepala air di Sungai Klang
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rakaman Ahli perniagaan pukul, ugut tembak pemandu peribadi ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370405
Users Today : 2168
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14586
Users Last 30 days : 65811
Users This Month : 59423
Users This Year : 370404
Total Users : 370405
Views Today : 3004
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21774
Views Last 30 days : 101384
Views This Month : 91551
Views This Year : 570617
Total views : 570618
Who's Online : 16
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares