Bayi 11 bulan maut jatuh bangunan

Bayi 11 bulan maut jatuh bangunan

Mei 3, 2021

 

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga kediaman keluarganya di Blok D, PPR Sri Aman, Jalan Aman Putra di sini, petang semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata polis menerima laporan insiden itu pada jam 6 petang dan sepasukan anggota dari Balai Polis Jinjang kemudian menjalankan siasatan di tempat kejadian.

 

“Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah sebelum terjatuh dari tingkap.

See also  Video Lelaki kejam pukul kaki bayi dengan penyapu lidi

 

“Katil berkenaan dirapatkan ke bahagian tingkap untuk mengemas bilik terbabit. Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik itu tidak mempunyai jeriji dan katil diletakkan di tengah tingkap tanpa sebarang halangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Eng Lai berkata, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden itu.

 

“Ibu bayi membawa mangsa ke Hospital Selayang (HS) untuk mendapatkan rawatan dan apabila tiba di Unit Kecemasan Hospital Selayang, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.

See also  Video rakaman bantu Polis jejak pemandu langgar lari remaja sekolah

 

“Mayat kemudian dirujuk ke Unit Forensik HS untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian,” katanya.

 

Katanya lagi, hasil laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 

Polis Sentul memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2206, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

See also  ????️????️Bomba selamatkan remaja tertusuk hendel motosikal di peha
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bayi 11 bulan maut jatuh bangunan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155729
Users Today : 519
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24124
Users Last 30 days : 79553
Users This Month : 49454
Users This Year : 155728
Total Users : 155729
Views Today : 875
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36387
Views Last 30 days : 122429
Views This Month : 75706
Views This Year : 238096
Total views : 238097
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares