Polis siasat video tular warga asing dipukul lelaki tempatan

Polis siasat video tular warga asing dipukul lelaki tempatan

 

Video tular memaparkan seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan lelaki di kawasan kaki lima Kedai Taman Alam Jaya Batu 9 Cheras di sini pada Isnin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KAJANG – Polis menyiasat video tular insiden seorang lelaki warga asing dipukul sekumpulan lelaki di kawasan kaki lima Kedai Taman Alam Jaya Batu 9 Cheras di sini pada Isnin.

 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner, Mohd Zaid Hassan berkata, video tular berdurasi satu minit 21 saat memaparkan mangsa dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenalpasti.

 

“Insiden ini jelas merupakan kejadian kekerasan jenayah yang boleh disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

 

“Ia juga merupakan kejadian yang mengganggu gugat serta mendatangkan kekacauan kepada ketenteraman awam kerana ia berlaku di kawasan awam yang terbuka,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

See also  Pencuri kabel TNB maut terkena renjatan elektrik

 

Mohd Zaid berkata, penelitian ke atas video itu juga mendapati, kumpulan lelaki itu telah melanggar beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan sosial.

 

“Sehubungan itu, kita telah membuat laporan polis berhubung kejadian ini bagi tujuan siasatan lanjut.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

 

Mohd Zaid memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Mohd Radzee Jamudi di talian 019-665 5811.

See also  {Video} Warga emas pandu kereta dilorong motosikal disaman

 

Sementara itu, dalam kenyataan Yusuf yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia di Facebooknya memaklumkan pihaknya telah menerima berita bahawa baju kemeja-T Semboyan Jihad yang dikeluarkan oleh pihaknya telah dicetak rompak.

 

“Perkara ini disedari selepas orang ramai mengadu apabila mereka membeli baju itu, ia tidak mencapai kualiti yang memuaskan.

 

“Harga yang ditawarkan sangat tidak munasabah iaitu pada harga RM5 dan RM10 sahaja. Lebih memedihkan lagi, apabila penjual tersebut ‘memancing’ untuk menyuruh membeli dengan kuantiti yang banyak,” katanya.

 

Yusuf berkata, pihaknya dapat berjumpa dengan penjual itu selepas menyamar untuk menjadi pelanggan dan ingin membeli sebanyak 600 helai.

 

“Apa yang membuatkan saya dan Abang Ali marah adalah kerana di awal pertemuan itu suspek sudah menipu dengan mengatakan dia bukan penjual.

See also  Dua anggota polis terbabit kes larikan peti besi dibebaskan atas arahan Mahkamah

 

“Apabila kita menghubungi nombor penjual baju itu, telefon suspek yang berbunyi,” katanya.

 

Yusuf turut memohon maaf andai (insiden itu) mengguris perasaan orang ramai di bulan yang mulia ini.

“Yang baik itu datang dari ALLAH SWT, yang buruk itu dari saya. Semoga perkara ini boleh dijadikan satu tauladan buat semua,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis siasat video tular warga asing dipukul lelaki tempatan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133174
Users Today : 1569
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20486
Users Last 30 days : 69189
Users This Month : 26899
Users This Year : 133173
Total Users : 133174
Views Today : 2509
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31852
Views Last 30 days : 108194
Views This Month : 41828
Views This Year : 204218
Total views : 204219
Who's Online : 2
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares