Dua beranak berpaut pada kereta, nyaris dihanyut arus deras

Dua beranak berpaut pada kereta, nyaris dihanyut arus deras

IPOH: Gara-gara meredah jalan dinaiki air, dua beranak berdepan detik cemas apabila terpaksa berpaut pada kereta yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Kota Raja, Taman Meru 2C di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku ketika wanita berusia 47 tahun dan anak perempuannya berumur 19 tahun dalam perjalanan dari Kota Raja ke rumah mereka di Manjung.

Bagaimanapun, limpahan air Sungai Meru menyebabkan arus deras hingga menghanyutkan kereta dinaiki mereka.

See also  Sanggup bermalam dalam banjir demi 32 ekor kucing

Mangsa yang panik bertindak pantas dengan keluar dari kereta Toyota Vios itu dan berpaut pada bahagian tingkap kereta sebelum kejadian tersebut disedari penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada penduduk pada pukul 6.04 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa cuba bertahan dengan berpaut pada kereta dinaiki mereka dalam tempoh 10 minit sebelum kehadiran pasukan bomba.

See also  Percakaran antara peniaga tanpa lesen dan Penguatkuasa 

“Operasi menyelamat dijalankan dengan dua anggota memakai jaket keselamatan dan bergerak perlahan-lahan mengikut arus untuk sampai kepada mangsa menggunakan tali yang dibuat ‘anchoring’ pada pokok,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dua mangsa kemudian dipakaikan jaket keselamatan dan dibawa ke tempat yang selamat.

“Kedua-dua mangsa selamat dan tidak cedera. Kenderaan mangsa juga tidak dihanyutkan kerana air sudah mulai surut.

“Mereka yang mengalami trauma diserahkan kepada keluarga dan operasi tamat pada pukul 7.19 petang,” katanya.

See also  Ular sawa dalam mangkuk tandas

▶️UTUSAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua beranak berpaut pada kereta, nyaris dihanyut arus deras " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139909
Users Today : 1085
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22038
Users Last 30 days : 74565
Users This Month : 33634
Users This Year : 139908
Total Users : 139909
Views Today : 1498
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34146
Views Last 30 days : 115313
Views This Month : 51888
Views This Year : 214278
Total views : 214279
Who's Online : 40
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares