Polis tahan bapa beri anak dua tahun hisap vape

Polis tahan bapa beri anak dua tahun hisap vape

 

Oleh Safeek Affendy Razali

Mei 5, 2021 @ 8:27pm

safeek@bh.com.my

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang diberikan rokok elektronik atau vape untuk dihisap.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Video dan gambar lelaki terbabit memberikan kanak-kanak berkenaan vape tular dalam laman sosial sebelum laporan polis dibuat oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pada jam 4.50 petang semalam, sepasukan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai JKM pergi ke sebuah kediaman di PPR Kampung Baru Air Panas, Jalan Usahawan off Jalan Genting Klang, Setapak, selepas mengesan kediaman kanak-kanak berkenaan.

See also  Gara-gara enggan basuh baju seorang junior patah tangan dikerjakan 10 senior

 

“Pihak polis dan JKM menyelamatkan kanak-kanak terbabit dan membawa bersama ibunya untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum mereka ditahan di wad untuk pemeriksaan susulan.

 

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian suspek memberi anaknya menghisap vape dikesan berlaku di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, Selangor, pada 2 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Arifai berkata polis kemudian menahan bapanya yang berusia 23 tahun kerana perbuatannya itu dan siasatan mendapati ketika kejadian ibu mangsa merakam situasi berkenaan namun suspek memberikan vape kepada anaknya.

See also  “Bapa saya dah tenggelam” – [VIDEO MENYAYAT HATI]

 

“Suspek kini direman selam tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001,” katanya.

 

Terdahulu tular di media sosial video menunjukkan seorang ibu memuat naik video yang menunjukkan dia memberi anaknya menghisap rokok elektronik atau vape sehingga mengundang kemarahan netizen.

 

Klip video berdurasi 12 saat itu menunjukkan, mangsa yang sedang menonton video animasi kanak-kanak di telefon bimbit disuap dengan vape sebanyak dua kali.

 

Malah pada sedutan kali kedua jelas menunjukkan mangsa terasa seperti sukar bernafas.

 

Pada mulanya, wanita terbabit tetap mempertahankan tindakannya dengan menegaskan bebas memuat naik apa sahaja di laman sosialnya.

See also  16 ditahan kerana bergaduh akibat vape

 

Namun selepas dikecam netizen, wanita terbabit meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan video itu dan memohon maaf kerana tidak sangka tindakannya memuat naik video itu mengundang persepsi tidak elok selain bimbang kejadian buruk berlaku kepada anaknya.

#BeritaHarianOnline

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis tahan bapa beri anak dua tahun hisap vape " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378369
Users Today : 1964
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16508
Users Last 30 days : 61759
Users This Month : 5373
Users This Year : 378368
Total Users : 378369
Views Today : 2701
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24578
Views Last 30 days : 94830
Views This Month : 7866
Views This Year : 582560
Total views : 582561
Who's Online : 7
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares