{VIDEO} Halau warga asing, seorang lelaki dianggap ‘hero’

Halau warga asing, seorang lelaki dianggap ‘hero’

 

PETALING JAYA – Sebuah rakaman video yang memaparkan tindakan seorang lelaki menghalau peniaga warga asing kerana mereka dipercayai berniaga tanpa lesen dan juga tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) di Kuala Lumpur, tular di aplikasi Facebook, baru-baru ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Video yang berdurasi selama sembilan minit itu menunjukkan ramai peniaga warga asing yang berniaga tanpa permit di kawasan tersebut dihalau oleh seorang lelaki yang tinggal berdekatan kawasan itu.

 

Warga asing yang menjual sayur-sayuran di situ dipercayai tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah dan mereka juga tidak membuat kod QR MySejahtera serta buku pendaftaran pelanggan di premis mereka.

See also  ESSCOM TAHAN SEORANG TEKONG DARAT CUBA SELUDUP MASUK 13 PATI DI BELURAN

 

Seorang lelaki yang dipercayai menetap di sekitar kawasan tersebut naik berang apabila mengetahui kawasan itu dijadikan sebagai tempat berniaga mereka yang tidak sah serta menganggu perniagaan masyarakat setempat.

 

“Kak, tolong tutup semua kak. Melampau kamu semua! Mana pihak berkuasa yang serang peniaga Melayu di Jalan Muaz beberapa hari lepas, minta tolong serbu kawasan di sini.

 

“Orang kita yang meniaga di sana (Jalan Tar), diganggu. Warga asing di sini, tiada siapa yang datang untuk membuat serbuan di sini. Makin melampau warga asing di sini, langsung tiada rasa hormat terhadap peniaga Melayu di negara ini,” katanya.

See also  Pusat Cuci Kereta Jalan SS 19/6C, Subang Jaya, milik PATI Bangladesh.

 

Lelaki itu turut menambah, hanya kerana dia sudah jarang membuat tinjauan di kawasan itu, warga asing di sana sudah naik kepala dan berniaga sesuka hati mereka.

 

“Bagus tindakan abang ni, saya sokong. Bila masyarakat kita berniaga, semua kena angkut tapi bila warga asing berniaga, tiada satu tindakan pun diambil. Syabas bang!,” komennya di Facebook.

See also  Aksi Kejar Mengejar dengan polis, dua lelaki gagal seludup PATI

Seorang pengguna Facebook turut memuji tindakan lelaki itu dan mengucapkan terima kasih atas tindakannya yang berani.

 

▶️ KOSMO! ONLINE.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO} Halau warga asing, seorang lelaki dianggap ‘hero’ " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363048
Users Today : 1187
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9943
Users Last 30 days : 65398
Users This Month : 52066
Users This Year : 363047
Total Users : 363048
Views Today : 1889
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15466
Views Last 30 days : 101006
Views This Month : 80805
Views This Year : 559871
Total views : 559872
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares