Pengguna tertipu promosi data internet

Pengguna tertipu promosi data internet

Malangnya, ramai ibu bapa tertipu kerana pelan data tanpa had itu hanya gimik untuk melariskan jualan semata-mata.

 

SAUDARA PENGARANG,

 

KETIKA sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan diperkenal semula selepas Hari Raya Aidilfitri ini, ramai dalam kalangan ibu bapa yang tercari-cari pelan data internet yang sesuai dan paling menjimatkan untuk digunakan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Oleh kerana tidak semua kawasan mempunyai rangkaian fiber optik, jadi ibu bapa terpaksa menggunakan telefon bimbit yang mempunyai keupayaan capaian internet.

See also  Lokomotif elektrik diesel pertama negara bakal digunakan di Tanzania

 

Rata-rata melanggan pakej internet sama ada secara mingguan atau bulanan yang dikatakan menawarkan data internet tanpa had.

 

Malangnya, ramai ibu bapa tertipu kerana pelan data tanpa had itu hanya gimik untuk melariskan jualan semata-mata.

 

Ini kerana setiap syarikat telekomunikasi mempunyai fair usage policy (FUP) atau dasar penggunaan yang adil iaitu apabila telah mencapai kuota tertentu, kelajuan internet akan dikurangkan kepada 512 kilobit sesaat (Kbps) dan bukan kelajuan biasa antara tiga megabit sesaat (Mbps) hingga enam Mbps.

See also  Kasihannya 60 penghuni terpaksa kongsi telefon untuk PdPR

 

Dengan kelajuan seperti siput itu, sudah pastilah PdPR tidak boleh dijalankan dengan lancar.

 

Perkara itu menjadi bahan jenaka dalam kalangan pengguna sehingga perkhidmatan syarikat-syarikat telekomunikasi terbabit digelar sebagai maximum slow.

 

Kepada syarikat-syarikat telekomunikasi terbabit, sudah-sudahlah mengelirukan pengguna dengan pakej data cukup pemurah ala untuk pengguna kayangan tetapi sebenarnya hanya gimik semata-mata.

See also  Pelajar cari capaian internet untuk PdPR parah kemalangan, kini di ICU Hospital Taiping

 

DIN BERAMBOI Rawang, Selangor

Sumber UTUSAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pengguna tertipu promosi data internet " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148718
Users Today : 325
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24024
Users Last 30 days : 80116
Users This Month : 42443
Users This Year : 148717
Total Users : 148718
Views Today : 442
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36728
Views Last 30 days : 122944
Views This Month : 64858
Views This Year : 227248
Total views : 227249
Who's Online : 37
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares