Rakaman Pemandu Klaster Kayangan langgar Anggota Rela

Rakaman Pemandu Klaster Kayangan langgar Anggota Rela

SHAH ALAM – Niat murni seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal lalu lintas di hadapan sebuah sekolah menengah di Kota Kemuning di sini dibalas tindakan tidak sewajarnya apabila dikatakan dilanggar sebuah kereta mewah jenis BMW.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

 

Insiden yang dipercayai berlaku pada 5.20 petang semalam itu tular di laman sosial menerusi video berdurasi 32 saat.

See also  Warga Emas Layan Judi Mahjong kerana bosan terkurung DUDUK RUMAH

Berdasarkan video tersebut anggota Rela itu menahan kereta BMW itu susulan laluan dikatakan dijadikan sehala pada waktu kemuncak bagi menjaga keselamatan pelajar yang pulang ke sekolah.

Malah kedengaran dua suara kanak-kanak di dalam video itu yang menyatakan

“Dia (pemandu kereta) terlanggar kaki orang itu (anggota rela) dan oh my goodness (Oh Tuhanku),” jelasnya.

Beberapa pengguna laman sosial Facebook menyelar tindakan tersebut yang disifatkan keterlaluan.

See also  Enam beradik yatim piatu akhirnya ke sekolah

“Harap pemandu itu dikenakan tindakan dan minta maaf kepada uncle (anggota rela),” jelas pengguna dengan nama Mona Mohd. Dan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada anggota rela tersebut semalam.

“Kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini untuk dirakamkan keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. -K!ONLINE

See also  Pemuda putus cinta berzikir di ruang akad nikah Jawi
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rakaman Pemandu Klaster Kayangan langgar Anggota Rela " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156713
Users Today : 554
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23368
Users Last 30 days : 78799
Users This Month : 50438
Users This Year : 156712
Total Users : 156713
Views Today : 991
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35404
Views Last 30 days : 121341
Views This Month : 77542
Views This Year : 239932
Total views : 239933
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares