Video monyet ‘bercuti’ di resort cuit hati netizen

Video monyet ‘bercuti’ di resort cuit hati netizen

 

NEW DELHI – Gelagat sekumpulan monyet mandi di kolam renang sebuah pusat percutian di India mencuit hati netizen dengan haiwan tersebut kelihatan gembira menikmati ‘percutian’ tanpa gangguan manusia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Aksi itu dirakam pekerja pusat percutian tanpa pengunjung itu di Mahabaleshwar, selatan Mumbai ketika kota raya tersebut dikenakan perintah berkurung berikutan wabak Covid-19 yang merebak di India.

See also  Zalim-ikat kaki dan campak kucing ke dalam laut

Dalam klip video itu yang dikongsi seorang pengguna di Twitter, monyet-monyet itu dilihat mengambil giliran untuk terjun ke dalam kolam dan berenang di dalamnya.

Selepas berendam , monyet-monyet itu kembali memanjat ke atas payung tempat istirahat di tepi kolam dan bersiap sedia untuk terjunan seterusnya.

 

“Pusat percutian ini menerima pengunjung dalam kapasiti penuh meskipun adanya perintah berkurung!” tulis seorang pengguna di Twitter.

See also  Menitis air mata melihat pembunuhan kejam keatas anjing liar oleh Majlis Perbandaran

 

Video yang dimuat naik itu mencatat lebih 633,000 tontonan dengan rata-rata, pengguna meluahkan rasa terhibur melihatkan gelagat haiwan tersebut.

“Sangat bagus. Biarkan ia menikmati dunia tanpa gangguan manusia,” kata netizen.

Seorang pengguna media sosial lain meluahkan rasa terpegunnya melihat monyet-monyet tersebut bersikap sopan dan beratur sebelum terjun ke dalam kolam.

“Tahu apa yang saya suka? Kesemua monyet ini sopan menunggu giliran, tidak seperti apa yang manusia selalu lakukan,” tulisnya. – AGENSI

See also  Netizen berang pos monyet dalam kotak
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video monyet ‘bercuti’ di resort cuit hati netizen " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133183
Users Today : 1578
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20495
Users Last 30 days : 69198
Users This Month : 26908
Users This Year : 133182
Total Users : 133183
Views Today : 2531
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31874
Views Last 30 days : 108216
Views This Month : 41850
Views This Year : 204240
Total views : 204241
Who's Online : 4
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares