CCTV Koperal polis tendang perut pengawal keselamatan ditahan

Koperal polis tendang perut pengawal keselamatan ditahan

 

Pertengkaran itu berpunca apabila mangsa yang juga pengawal keselamatan berusia 59 tahun tidak membuka palang pintu masuk kawasan kediaman berkenaan lebih awal.

Petaling Jaya: Seorang koperal polis ditahan selepas dipercayai menendang perut pengawal keselamatan di sebuah kediaman Taman Sri Manja, di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seorang pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat laporan berhubung perkara itu jam 9 pagi, semalam.

 

See also  Video Avanza bawa barang terlarang dipandu melawan arus

Laporan itu dibuat selepas pegawai berkenaan melihat satu rakaman video pergaduhan membabitkan seorang pengawal keselamatan dan anggota polis bertugas di IPD Petaling Jaya yang tular di aplikasi WhasApp.

 

“Pertengkaran itu berpunca apabila mangsa yang juga pengawal keselamatan berusia 59 tahun tidak membuka palang pintu masuk kawasan kediaman berkenaan lebih awal.

 

“Keadaan itu menyebabkan suspek (anggota polis) berusia 30-an terpaksa memberhentikan kenderaan serta menunggu lama sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

See also  CCTV ????️4 Polis Thai Ditahan, CCTV Rakam Aksi Ngeri Serkup Kepala Suspek Dengan Plastik Hingga Maut Dalam Balai Polis

 

“Malah, suspek mendakwa mangsa mengeluarkan perkataan kesat kepada suspek menyebabkannya tidak berpuas hati lalu menendang perut pengawal keselamatan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

“Suspek juga dikatakan turut mengugut mangsa kononnya mahu memukul pengawal keselamatan berkenaan menggunakan topi keledar miliknya.

 

“Susulan itu, kami menahan anggota berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah serta mendatangkan kecederaan,” katanya.

See also  Viral Rakaman Lelaki Cubaan Terjun Dari Tingkat 11 Diselamatkan “Hero”

 

Katanya, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggotanya yang melakukan jenayah ke atas orang awam.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " CCTV Koperal polis tendang perut pengawal keselamatan ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156728
Users Today : 569
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23383
Users Last 30 days : 78814
Users This Month : 50453
Users This Year : 156727
Total Users : 156728
Views Today : 1023
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35436
Views Last 30 days : 121373
Views This Month : 77574
Views This Year : 239964
Total views : 239965
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares