Agong, Raja Permaisuri solat Aidilfitri bersama petugas di Istana Negara

Agong, Raja Permaisuri solat Aidilfitri bersama petugas di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Istana Negara, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pasangan diraja itu berangkat tiba di Surau Utama Istana Negara pada 9 pagi bersama anakanda baginda, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

See also  Malaysia 10 kes tempatan 3 kes impot baharu COVID19 26-7-2020

 

Solat sunat itu dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan disertai 50 anggota jemaah yang terdiri daripada pegawai serta petugas Istana Negara.

 

Solat sunat berkenaan dilaksanakan mengikut garis panduan ketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuklah penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka ketika solat.

 

Khutbah Aidilfitri yang bertajuk ‘Aidilfitri Dirai, Norma Baharu Diinsafi’ dibacakan Pengawai Agama Istana Negara Munir Md Salleh yang antaranya menyeru umat Islam seluruh negara agar tabah menghadapi ujian pandemik COVID-19, selain mengingatkan supaya patuh SOP.

See also  Ada Yang Sudi Bantu? Suami Koma, Isteri Tiada Pendapatan & Anak Masih Kecil

 

Ini adalah kali kedua Yang di-Pertuan Agong menunaikan solat sunat itu di Istana Negara berikutan pelaksanaan PKP di seluruh negara pada tahun lepas dan tahun ini. – BERNAMA

 

See also  Hilang kerja saingan warga asing, operator terlatih kren pasrah di bangsal
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) bersama anakanda-anakanda baginda berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama, Istana Negara hari ini. – Foto BERNAMA

 

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan beramah mesra bersama pegawai dan petugas istana selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama, Istana Negara hari ini. – Foto BERNAMA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Agong, Raja Permaisuri solat Aidilfitri bersama petugas di Istana Negara " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367101
Users Today : 2013
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11733
Users Last 30 days : 64080
Users This Month : 56119
Users This Year : 367100
Total Users : 367101
Views Today : 3015
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17911
Views Last 30 days : 99052
Views This Month : 86853
Views This Year : 565919
Total views : 565920
Who's Online : 11
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares