Video tular mengenai Stadium Malawati tidak benar

Video tular mengenai Stadium Malawati tidak benar

Stadium Malawati telah beroperasi sebagai CAC bagi daerah Petaling sejak 8 Feb lepas dengan kapasiti seramai 1,000 sehingga 1,200 pesakit untuk dinilai sehari. – Gambar fail BERNAMA

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

SHAH ALAM: Video tular di media sosial berdurasi seminit yang menunjukkan orang ramai beratur untuk masuk ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati di sini yang dikatakan akan menghuni pusat itu buat sementara waktu, adalah tidak benar.

See also  Susah Nak tidur ada cara untuk pulih

 

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Dr Faridah Amin pihak yang menularkan klip video itu telah salah faham, kerana stadium itu hanya dijadikan tempat penilaian COVID-19 sahaja, bukan untuk menempatkan pesakit.

“Kes positif datang untuk penilaian, selepas itu disambung dengan pengawasan di rumah, kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), ataupun kemasukan hospital; mengikut keadaan semasa pesakit ketika di bawah penilaian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

See also  [VIDEO] Polis tahan lori bawa pekerja kilang positif COVID-19

 

Stadium Malawati telah beroperasi sebagai CAC bagi daerah Petaling sejak 8 Feb lepas dengan kapasiti seramai 1,000 sehingga 1,200 pesakit untuk dinilai sehari.

 

Ia menggantikan CAC Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di SS15 berikutan kapasitinya yang boleh menampung lebih ramai pesakit COVID-19; dan selain Stadium Malawati, CAC turut beroperasi di lapan daerah lain yakni di Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.

See also  20 Penemuan sains Melatonin anti oksidan terkuat

— BERNAMA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Video tular mengenai Stadium Malawati tidak benar " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363585
Users Today : 204
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10480
Users Last 30 days : 65935
Users This Month : 52603
Users This Year : 363584
Total Users : 363585
Views Today : 267
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16193
Views Last 30 days : 101733
Views This Month : 81532
Views This Year : 560598
Total views : 560599
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares