{CCTV} Lelaki tendang pagar masjid sehingga roboh dicekup

Lelaki tendang pagar masjid sehingga roboh dicekup

Punyalah kecewa tak dapat masuk masjid. Harap abang ni belajar bersabar sepanjang tempohnya direman polis

GOMBAK – Berang kerana tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam masjid, seorang lelaki bertindak diluar kawalan dengan menendang pintu pagar hadapan masjid tersebut sehingga tercabut dalam satu kejadian di Kampung Sungai Tua Baharu di sini 14 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang bilal Masjid Jamiatus Solahiah di sini memaklumkan tentang keadaan pintu pagar masjid tersebut yang ditemui dalam keadaan tercabut di hadapan masjid berkenaan.

See also  Kereta dilarikan ketika 'lepas hajat'

“Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati seorang lelaki dalam keadaan seperti sedang mengamuk telah bertindak menendang pintu pagar tersebut sehingga tercabut dan jatuh.

“Pada keesokan harinya (15 Mei), pihak polis telah melakukan tangkapan ke atas suspek selepas lelaki berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk memberikan keterangan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

See also  SOLAT JUMAAT DARI LUAR PAGAR MASJID KERANA PKP

Pihak polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan sepasang baju Melayu yang dipakai suspek ketika kejadian.

Menurut Arifai, siasatan awal mendapati, suspek bertindak demikian selepas berasa marah kerana tidak diberi kebenaran masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat.

“Pada hari kejadian (14 Mei), masjid tersebut memang ditutup dan pihak pengurusan turut menampal notis pada pagar hadapan masjid berkenaan untuk memaklumkan tentang perkara itu.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 19 Mei ini bagi membantu siasatan yang dilakukan di bawah Seksyen 427 dan 295 Kanun Keseksaan kerana khianat dan mencemarkan atau membencana tempat sembahyang,” tegas beliau. –  K! ONLINE

See also  Oyen Jaga setia Di Maybank Gombak Yang Tular di Media Sosial

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {CCTV} Lelaki tendang pagar masjid sehingga roboh dicekup " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385530
Users Today : 1608
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17293
Users Last 30 days : 60846
Users This Month : 12534
Users This Year : 385529
Total Users : 385530
Views Today : 2467
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25633
Views Last 30 days : 92766
Views This Month : 18552
Views This Year : 593246
Total views : 593247
Who's Online : 9
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares