Lebaran bermakna buat peserta Kebun Bandar Hijrah Warrior – Wilayahku

Lebaran bermakna buat peserta Kebun Bandar Hijrah Warrior – Wilayahku

AIDILFITRI tahun ini membuka lebaran baharu untuk gelandangan yang menjadi peserta Program Kebun Bandar ‘Hijrah Warrior’ apabila ada dalam kalangan mereka ditawarkan pekerjaan di ladang ternakan dan pertanian di sebuah ladang di Janda Baik, Pahang selepas lebaran ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Abdul Jalil Abdullah, 51, menganggap ia ibarat satu sinar baharu dan bersyukur dengan peluang yang diberikan itu dan berharap ia akan menjadi titik mula penghijrahan dirinya selepas lebih dua tahun bergelar insan gelandangan.

 

“Alhamdulillah hasil bantuan sokongan sosial dan ilmu serta latihan asas pertanian yang dipelajari melalui Program Kebun Bandar Hijrah Warrior di Pusat Transformasi Anjung Kelana, Taman Desa sejak lebih dua bulan lalu, ada pihak yang sudi menawarkan kami pekerjaan.

See also  Jika begini caranya tak perlu jadi manusia pun

 

“Program cetusan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa ini banyak memberi kemahiran dan pengetahuan pertanian kepada golongan gelandangan sekali gus membantu kami untuk membaiki kualiti kehidupan,” katanya ketika ditemui Bernama.

 

Mengimbas kembali, Abdul Jalil yang berasal dari Pulau Pinang berkata beliau tiba di ibu negara pada tahun 2019 dengan harapan untuk mencari pekerjaan dengan bayaran gaji yang lebih setimpal bagi menampung keluarganya.

 

Bagaimanapun, lelaki itu terpaksa membuat keputusan untuk berhenti selepas enam bulan bekerja kerana majikan tidak membayar gaji menyebabkannya tidak dapat membayar rumah sewa dan menampung kehidupan sehingga terpaksa merempat di jalanan.

See also  [Video]Sukahati dia tendang gelandangan

 

Demi meneruskan kehidupan, beliau terpaksa mengutip botol plastik dan tin kosong yang hasilnya cukup-cukup untuk membeli makanan untuk mengalas perut.

 

Menceritakan tentang sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Abdul Jalil berkata hati mana yang tidak terusik apabila terpaksa menyambut raya jauh dari sisi keluarga, namun mujurlah ada NGO dan rakan gelandangan yang senasib membantu menceriakan suasana.

 

Seorang lagi gelandangan yang ditawarkan bekerja di tempat sama, Mohd Faizal Abdullah, 37, berkata beliau terpaksa hidup seperti gelandangan sejak setahun lalu kerana keluarganya sudah tidak lagi menerimanya setelah dirinya memeluk agama Islam.

 

Sama seperti Abdul Jalil, beliau juga menjadi gelandangan selepas berhenti kerja kerana tidak dibayar gaji oleh majikan dan usahanya untuk mencari pekerjaan menemui jalan buntu ekoran keadaan ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

See also  Warga Emas hidup dalam kereta bawah jejantas Pasar Seni

 

Bagaimanapun Aidilfitri baru-baru ini cukup bermakna buat dirinya apabila dimaklumkan dia mendapat tawaran kerja di Janda Baik bersama Abdul Jalil dan berharap hidupnya akan menjadi lebih baik selepas ini. – BERNAMA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lebaran bermakna buat peserta Kebun Bandar Hijrah Warrior – Wilayahku " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156771
Users Today : 612
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23426
Users Last 30 days : 78857
Users This Month : 50496
Users This Year : 156770
Total Users : 156771
Views Today : 1153
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35566
Views Last 30 days : 121503
Views This Month : 77704
Views This Year : 240094
Total views : 240095
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares