{VIDEO} Berang tak diberi laluan, pemandu e-hailing ditumbuk

{VIDEO} Berang tak diberi laluan, pemandu e-hailing ditumbuk

 

Gombak: Hanya kerana tidak memberi laluan, seorang pemandu lori bertindak menumbuk pemandu e-hailing di Jalan Batu Caves, di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku sekitar 5.30 petang ketika mangsa yang berusia 38 tahun sedang membawa penumpang.

 

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori hendak memasuki laluan hadapan kereta mangsa, namun mangsa meneruskan perjalanan seperti biasa tanpa menyedari tindakan pemandu lori itu.

See also  Pemandu syarikat kurier maut, lori terbakar

 

“Setibanya di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Batu Caves, mangsa menyedari lori berkenaan mengekorinya.

 

Katanya, ketika mangsa berhenti di lampu isyarat, secara tiba-tiba pemandu berkenaan turun dari lori dan bertindak menendang kereta mangsa di bahagian belakang dan pintu sebelah pemandu sehingga kemek.

 

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki itu kemudian keluar dari keretanya dan bertanyakan tindakan lelaki berkenaan.

 

“Pemandu lori itu terus menumbuk mangsa di bahagian muka, badan dan turut menendang di bahagian belakang dan hadapan badan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

See also  ????️????️Bomba selamatkan remaja tertusuk hendel motosikal di peha

 

Arifai berkata, mangsa lebam di bahagian mata dan tangan, selain hidung berdarah sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

“Polis kini giat memburu pemandu lori yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Muhammad Ekhmal Nasir Khan di talian 0133020385 atau 03-61262222

See also  Wanita cedera akibat tikam diri sendiri, bukan disamun

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO} Berang tak diberi laluan, pemandu e-hailing ditumbuk " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124387
Users Today : 3810
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22059
Users Last 30 days : 69732
Users This Month : 18112
Users This Year : 124386
Total Users : 124387
Views Today : 5734
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33513
Views Last 30 days : 108217
Views This Month : 27626
Views This Year : 190016
Total views : 190017
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares