Viral rakaman penduduk solat Aidilfitri depan rumah, “Memang terbaik”

Viral rakaman penduduk solat Aidilfitri depan rumah, “Memang terbaik”

Raya tahun ini adalah kali kedua kita meraikannya dalam suasana PKP gara-gara kes positif Covid yang masih dalam jumlah membimbangkan. Namun begitu raya tetap raya. Kemeriahannya tahun ini masih dapat dirasakan biarpun tidak dapat berkunjung ke rumah sanak saudara, apatah lagi pulang ke kampung halaman yang terletak berlainan daerah dan negeri.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bukan itu sahaja, solat sunat Aidilfitri di surau dan masjid agak terhad. Walau bagaimanapun, di Ipoh penduduk di sebuah taman perumahan mengadakan solat Aidilfitri depan rumah atas jalan telah mencuri perhatian ramai.

See also  Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Tuanku

 

Menerusi laporan Harian Metro, penduduk kawasan perumahan Medan Klebang Restu, Chemor, di sini mempunyai pendekatan tersendiri dalam perlaksanaan solat sunat Aidilfitri. Mereka mendirikan solat di atas jalan hadapan rumah atau serambi rumah masing-masing.

 

Dimulakan dengan takbir raya, 7.45 pagi tadi di lapan lorong berbeza bagi perumahan jenis teres itu, dipimpin seorang imam bagi setiap lorong solat itu diadakan.

See also  Warga emas jalani kuarantin mati dalam rumah positif COVID-19

 

Di samping itu, penduduk yang selebihnya turut membentang tikar di serambi rumah masing-masing bagi membolehkan ibadat itu ditunaikan dengan masih mematuhi prosesur operasi standard (SOP) bagi mengekang wabak Covid-19 khususnya berkaitan penjarakan fizikal.

 

Berikut adalah rakaman solat Aidilfitri ini yang telah dikongsikan semula oleh Era.Je:

 

Ini pula antara reaksi ramai mengenai perkongsian rakaman solat Aidilfitri depan rumah tersebut:

See also  Kisah benar Perjuangan dan harapan Ibu demi ilmu anak

 

“Memang terbaik”

 

“Islam tak membebankan, respect”

 

“Alhamdulillah. Kat mana2 pun boleh solat lagi”

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Viral rakaman penduduk solat Aidilfitri depan rumah, “Memang terbaik” " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376134
Users Today : 1668
Users Yesterday : 1470
Users Last 7 days : 16234
Users Last 30 days : 61623
Users This Month : 3138
Users This Year : 376133
Total Users : 376134
Views Today : 2479
Views Yesterday : 2277
Views Last 7 days : 24480
Views Last 30 days : 95109
Views This Month : 4756
Views This Year : 579450
Total views : 579451
Who's Online : 5
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-02
0Shares