Lelaki sokong Israel di TikTok positif dadah

Lelaki sokong Israel di TikTok positif dadah

 

MELAKA – Seorang penjawat awam yang tular dalam rakaman TikTok kerana menyokong Israel didapati positif dadah morfin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki berusia 31 tahun itu telah dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk direkodkan keterangan selepas menerima laporan berhubung rakaman video yang dimuatnaik suspek di aplikasi terbabit yang menyatakan sokongan terhadap Israel sekali gus menimbulkan reaksi negatif masyarakat.

See also  Naik bas untuk pecah mesin CDM

 

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah.

 

“Suspek ditahan untuk siasatan berasingan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan reman selama dua hari bermula Rabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek yang dipercayai digunakan ketika memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok.

See also  Pasangan suami isteri buat video minum racun ditahan

 

“Siasatan awal yang dijalankan suspek disyaki memuatnaik video itu ketika berada di bawah pengaruh dadah.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988,” katanya.

 

Baru-baru ini tular rakaman Tiktok berdurasi 59 saat oleh individu itu menggunakan nama @Pahlawan90 yang menyatakan sokongan kepada Israel sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

See also  Pening memikirkan Mengapa Anwar dibenarkan berkempen dari dalam penjara,Najib sebaliknya

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki sokong Israel di TikTok positif dadah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370318
Users Today : 2081
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14499
Users Last 30 days : 65724
Users This Month : 59336
Users This Year : 370317
Total Users : 370318
Views Today : 2879
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21649
Views Last 30 days : 101259
Views This Month : 91426
Views This Year : 570492
Total views : 570493
Who's Online : 18
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares