Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah di kepala

Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah – Wilayahku

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

POLIS IPD Johor Bahru Selatan sedang mengesan seorang saksi berhubung kes mencederekan isteri sehingga parah pada 4 Mei lalu. Kredit Foto : Kosmo

POLIS IPD Johor Bahru Selatan sedang mengesan seorang saksi berhubung kes mencederekan isteri sehingga parah pada 4 Mei lalu.

 

Kredit Foto : Kosmo

 

POLIS sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencederakan isteri sehingga parah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata individu berkenaan Rosmaini Abd Raof, 38, beralamat di A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, Kedah dan bekerja sebagai peniaga.

See also  VIRAL Video | 3 Lelaki Langgar, Pukul Penjual Besi Buruk Ditahan  

 

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

 

Mohd Padzli berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182 323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290 763.

See also  Dendam punca tetak kenalan

 

Semalam, akhbar berbahasa Melayu melaporkan seorang penjawat awam berumur 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di negeri Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas dipercayai dicederakan suaminya, 4 Mei lepas.

 

Menurut laporan itu, mangsa yang sedang hamil empat minggu mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya. – BERNAMA

See also  Polis siasat video tular warga asing dipukul lelaki tempatan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis kesan saksi kes cederakan isteri sehingga parah di kepala " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156046
Users Today : 836
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24441
Users Last 30 days : 79870
Users This Month : 49771
Users This Year : 156045
Total Users : 156046
Views Today : 1451
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36963
Views Last 30 days : 123005
Views This Month : 76282
Views This Year : 238672
Total views : 238673
Who's Online : 1
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares