Seorang penganggur serang Anggota Rela dihadapkan ke Mahkamah

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah – Wilayahku

SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di Pasar Awam Looking Good, Kampung Koh, Sitiawan, Sabtu lepas.

Yeap Sen Sing, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin terhadapnya di hadapan Majistret A. Hafiizh Abu Bakar.

See also  Polis siasat kes  pelajar samseng

 

Bapa dua anak itu didakwa mendatangkan kecederaan ke atas Hong Koh Hwa, 46, seorang penjawat awam yang sedang melakukan tugasan rasminya di pasar awam berkenaan pada jam 6.40 pagi.

 

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tiga tahun penjara atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

See also  Video@Samseng Asrama SMK Kemahang tunjuk belang

 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

 

Dalam kejadian yang tular di media sosial itu, tertuduh dipercayai berang kerana tidak dibenarkan masuk ke pasar masih belum dibuka sebelum bertindak kasar memukul dan meludah ke atas Hong yang sedang bertugas. – BERNAMA

See also  Isteri Maut ditampar, ditumbuk suami
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Seorang penganggur serang Anggota Rela dihadapkan ke Mahkamah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385621
Users Today : 1699
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17384
Users Last 30 days : 60937
Users This Month : 12625
Users This Year : 385620
Total Users : 385621
Views Today : 2605
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25771
Views Last 30 days : 92904
Views This Month : 18690
Views This Year : 593384
Total views : 593385
Who's Online : 5
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares