{Video Tular} Persoal sokongan terhadap Palestin, kumpulan serang remaja disiasat

Persoal sokongan terhadap Palestin, kumpulan serang remaja disiasat

 

Kuching: Polis membuka kertas siasatan ke atas sekumpulan individu yang bertindak menyerbu dan menyerang seorang remaja di rumahnya di Taman Sukma, di sini, selepas dia membuat provokasi dan mempersoalkan penentangan rakyat negara ini terhadap serangan Israel ke atas Gaza.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, kertas siasatan itu dibuka di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 kerana melakukan aktiviti terlarang iaitu berkumpul beramai-ramai melebihi lima orang.

 

“Lebih kurang 15 orang berkumpul beramai-ramai dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan ada di antaranya dikesan tidak menggunakan pelitup muka serta tiada penjarakan fizikal.

See also  Parlimen Tergantung Sistem Demokrasi gagal bentuk kerajaan

 

“Individu terbabit diminta hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Sekumpulan individu terbabit bertindak menyerang remaja lelaki itu selepas tidak berpuas hati dengan tindakannya yang mencabar dan membuat provokasi.

 

Dalam satu hantaran video, remaja itu tanpa menyembunyikan identitinya mencetuskan kemarahan apabila mempersoalkan sokongan umat Islam terhadap Palestin dan mendakwa mereka yang melakukan sokongan tidak cukup ilmu.

 

Bagaimanapun, tindakan kumpulan yang menyerangnya turut tular di Facebook selepas dirakam dan dikongsikan oleh seorang daripada mereka.

See also  4 lelaki provokasi polis kena buat kerja amal dua bulan

 

Aidi berkata, remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit sudah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Gita serta direman selama empat hari sehingga 22 Mei ini.

 

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi.

 

Justeru, beliau menasihati masyarakat agar tidak mengambil tindakan sendiri dan melulu dalam menangani sesuatu isu.

 

“Seharusnya menyerahkan perkara ini kepada polis untuk mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang sedia ada.

 

“Polis juga memandang serius kejadian ini dan orang ramai sepatutnya tidak bertindak mengikut emosi, lebih-lebih lagi pada masa sekarang kita masih berhadapan dengan Covid-19 dan keperluan kita mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya.

▶️Harian Metro

See also  Lelaki ditahan susulan video  beri bayi minum arak
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video Tular} Persoal sokongan terhadap Palestin, kumpulan serang remaja disiasat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367255
Users Today : 2167
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11887
Users Last 30 days : 64234
Users This Month : 56273
Users This Year : 367254
Total Users : 367255
Views Today : 3238
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18134
Views Last 30 days : 99275
Views This Month : 87076
Views This Year : 566142
Total views : 566143
Who's Online : 28
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares