{Video Tular} Polis siasat video tular ramai berkumpul, ziarah Aidilfitri

Polis siasat video tular ramai berkumpul, ziarah Aidilfitri

 

KLANG – Polis menjalankan siasatan berhubung sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan secara beramai-ramai di sebuah rumah di Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini baru-baru ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, perkara itu dikesan pihaknya susulan tular di media sosial pada Ahad.

 

“Polis telah menjalankan siasatan di bawah Peraturan 17 PU (A) 225/2021 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

See also  [Video] Mabuk berebut parkir hingga berparang

 

“Siasatan diteruskan dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dengan segera,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 

Menerusi rakaman video tersebut, dikesan terdapat ramai orang berkumpul dalam satu ruangan di sebuah rumah ketika sambutan hari raya sedangkan SOP jelas mengatakan tiada aktiviti ziarah menziarahi dibenarkan.

See also  Hutang punca dua beradik bergaduh guna parang

 

Perkongsian video lantas mendapat kecaman netizen yang menzahirkan rasa tidak puas hati kerana masih ada pihak yang tidak patuh dengan arahan ditetapkan.

 

Untuk rekod, sebanyak 4,446 kes positif Covid-19 dengan 45 kematian direkodkan pada Isnin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif sebanyak 43,506 kes dengan 1,947 kematian.

See also  {Video Tular} Persoal sokongan terhadap Palestin, kumpulan serang remaja disiasat

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video Tular} Polis siasat video tular ramai berkumpul, ziarah Aidilfitri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378356
Users Today : 1951
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16495
Users Last 30 days : 61746
Users This Month : 5360
Users This Year : 378355
Total Users : 378356
Views Today : 2684
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24561
Views Last 30 days : 94813
Views This Month : 7849
Views This Year : 582543
Total views : 582544
Who's Online : 10
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares