Wanita lari dari PKPD untuk beraya, sebar Covid-19

Wanita lari dari PKPD untuk beraya, sebar Covid-19

Bachok: Seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu yang melarikan diri dari kampung itu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dipercayai untuk menyambut Aidilfitri, sehingga wabak Covid-19 merebak kepada tujuh individu lain.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Warga emas berusia 60-an itu dikatakan lari ke rumah ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat.

 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata, warga emas itu disahkan positif Covid-19 pada hari raya kedua.

See also  Selamba keluar rumah beli minuman, lelaki pakai gelang pink dikompaun RM4,000

 

“Sebaik mendapati warga emas itu tiada dalam kampung itu sedangkan namanya terdapat dalam senarai, kami mendapat maklumat wanita itu lari ke rumah saudaranya di Tumpat.

 

“Kami kemudiannya mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat untuk mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab.

 

“Keputusan ujian swab warga emas berkenaan keluar pada hari raya kedua dan disahkan positif Covid-19,” katanya pada sidang media ketika meninjau Kampung Pauh Lima, di sini, yang dilaksanakan PKPD mulai tengah malam tadi sehingga 1 Jun depan.

See also  {Video} Warga emas pandu kereta dilorong motosikal disaman

 

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

 

Dr Zaini berkata, disebabkan warga emas itu, wabak berkenaan sudah menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat.

 

Beliau berkata, pihaknya mendapati warga emas itu keluar dari kampung selepas mendapat tahu kampung berkenaan akan dilaksanakan PKPD selain mahu menyambut Aidilfitiri.

See also  Gaduh angkara tidak pakai pelitup muka

 

Katanya, setakat ini, pihaknya masih mengesan kontak rapat warga emas itu untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Wanita lari dari PKPD untuk beraya, sebar Covid-19 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124395
Users Today : 3818
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22067
Users Last 30 days : 69740
Users This Month : 18120
Users This Year : 124394
Total Users : 124395
Views Today : 5743
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33522
Views Last 30 days : 108226
Views This Month : 27635
Views This Year : 190025
Total views : 190026
Who's Online : 9
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares