Warga asing rentas batu halangan, kawat duri ditangkap

Warga asing rentas batu halangan, kawat duri ditangkap

 

SEREMBAN: Seramai 17 orang warganegara asing ditahan sepasukan anggota polis dalam Op Pematuhan Covid-19 di kawasan bersempadan Nilai dan Kajang di Arab Malaysian-Bukit Mahkota dekat Nilai 3, kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, kesemua warga asing itu ditahan selepas mereka merentasi batu halangan (barrier) serta kawat duri yang diletakkan pihak berkuasa di kawasan itu.

 

“Pemantauan dapati seramai 17 orang warganegara asing dalam lingkungan umur antara 20 hingga 42 tahun datang dari arah Bukit Mahkota, Bangi telah merentasi batu halangan (barrier) serta kawat duri yang diletakkan pihak berkuasa.

See also  Guna FB isteri tinggal komen jelik di Live MKN

 

“Tujuan halangan bagi mengelakkan aktiviti rentas daerah dan rentas negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bagi daerah bersempadanan,” katanya dalam kenyataan.

 

Menurut Mohd. Fazley, kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Nilai dan siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

See also  {VIDEO} Polis buru suspek raba wanita

 

“Kes diklasifikasikan di bawah undang-undang, Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat, Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.

 

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana tidak mematuhi apa-apa perintah sah dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa,” katanya.

 

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak bekuasa bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan awam.

See also  Status Terkini COVID-19, 15 Ogos 2021

 

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pelanggaran SOP ditetapkan,” katanya.

 

▶️ UTUSAN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga asing rentas batu halangan, kawat duri ditangkap " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124510
Users Today : 3933
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22182
Users Last 30 days : 69855
Users This Month : 18235
Users This Year : 124509
Total Users : 124510
Views Today : 5944
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33723
Views Last 30 days : 108427
Views This Month : 27836
Views This Year : 190226
Total views : 190227
Who's Online : 17
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares