{Video Kejadian} Kanak-kanak diselamatkan orang awam dalam kejadian samun kereta

Kanak-kanak diselamatkan orang awam dalam kejadian samun

 

LUMUT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian samun kenderaan di hadapan sebuah premis di Seri Manjung di sini pada Khamis.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa ditinggalkan sendirian dalam kereta jenis Perodua Bezza, sementara ibunya keluar membeli barang.

 

Mangsa ditinggalkan ketika enjin dan pendingin hawa masih hidup dengan tidak berkunci sebelum kenderaan itu dilarikan penjenayah.

See also  PDRM dan JAIS selamatkan Ibu kudung sebelah kaki ditinggalkan anak di tepi jalan.

 

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, wanita berusia 36 tahun itu menyedari kejadian berkenaan apabila terlihat suspek membawa lari kenderaan bersama anaknya.

 

“Wanita itu cuba untuk menghalang keretanya, namun suspek terus memecut laju dan melarikan diri.

 

“Dengan bantuan orang awam, suspek akhirnya berjaya ditangkap sebelum kereta dan mangsa dapat diselamatkan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Khamis.

See also  Video ✓✓Ibu tunggal 9 anak dihukum mati mandatori kerana miliki dan edar dadah

 

Beliau berkata, polis membuat tangkapan ke atas suspek berusia 24 tahun itu selepas menerima laporan pada jam 12 tengah hari.

 

“Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

 

“Suspek akan direman untuk disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya.

See also  Chevrolet jual enjin 10,350cc, 1000hp na, 1188nm tork. Cukai jalan kental! ! !

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video Kejadian} Kanak-kanak diselamatkan orang awam dalam kejadian samun kereta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133151
Users Today : 1546
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20463
Users Last 30 days : 69166
Users This Month : 26876
Users This Year : 133150
Total Users : 133151
Views Today : 2440
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31783
Views Last 30 days : 108125
Views This Month : 41759
Views This Year : 204149
Total views : 204150
Who's Online : 4
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares