SKMM arah Celcom, Maxis, TuneTalk Dan Webe hentikan Promosi Dan Pengiklanan Yang Mengelirukan Pengguna 

SKMM arah Celcom, Maxis, TuneTalk Dan Webe hentikan Promosi Dan Pengiklanan Yang Mengelirukan Pengguna

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kini mengatakan hasil pemantauan mendapati terdapat sejumlah penyedia perkhidmatan yang masih membuat promosi mengelirukan dan tidak menyatakan secara jelas terma dan syarat bagi perkhidmatan yang ditawarkan, termasuk berkaitan FUP (Fair Usage Policy).

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Seperti ramai sedia maklum, perkara ini sering dilakukan penyedia perkhidmatan untuk pelan tanpa had. Pelan telekomunikasi sering diiklankan dengan mengatakan ia hadir dengan penawaran data tanpa had, tetapi sebaliknya ia hadir dengan FUP tersembunyi yang tidak dimaklumkan kepada pengguna secara terang.

See also  Bayaran BPN 2.0 dipercepat, bermula 21 Januari 2021

 

Untuk makluman, FUP adalah pendekatan untuk memberi pengalaman setara untuk semua pengguna, dan membendung penggunaan keterlaluan yang akan menjejas pengalaman pengguna lain. Walaupun pendekatan ini baik bagi menjaga pengguna di sesuatu talian, tetapi ia menjadi masalah apabila tidak dinyatakan dengan terang kepada pelanggan atau dibawah sesuatu promosi.

See also  Begini suasana Rakyat B40 mengharungi ujian kehidupan

 

SKMM mengatakan, mereka telah mengeluarkan notis arahan kepada empat penyedia perkhidmatan, iaitu Celcom, Maxis, TuneTalk dan Webe kerana tidak patuh kepada peruntukan berkaitan pengiklanan. Syarikat telekomunikasi berkaitan turut telah diarahkan untuk membuat tindakan pembetulan ke atas promosi yang mengelirukan.

 

SKMM turut menyeru orang ramai untuk memahami sesuatu promosi pelan dengan mendalam sebelum membeli atau melanggannya. Pastikan juga pelan yang dilanggan itu bersesuaian keperluan anda.

See also  PM-Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 dikreditkan 6 September 2021
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " SKMM arah Celcom, Maxis, TuneTalk Dan Webe hentikan Promosi Dan Pengiklanan Yang Mengelirukan Pengguna  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238573
Users Today : 1829
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14650
Users Last 30 days : 57914
Users This Month : 47901
Users This Year : 238572
Total Users : 238573
Views Today : 2593
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23690
Views Last 30 days : 92347
Views This Month : 76644
Views This Year : 368859
Total views : 368860
Who's Online : 55
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares