Aksi Video Wanita buat aksi ‘wheelie’ ditahan polis

Wanita buat aksi ‘wheelie’ ditahan polis

 

BATU PAHAT – Tindakan seorang wanita menunjukkan aksi ‘wheelie’ sebuah motosikal dengan dibonceng seorang lelaki hingga menjadi tular dalam media sosial membawa padah apabila ditahan polis pada Jumaat.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai di sini.

 

“Sebuah motosikal juga disita. Tangkapan dibuat selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mengesan satu video memaparkan aksi itu dalam laman sosial pada jam 2.30 petang semalam (Jumaat).

See also  Video✓✓Lamborghini hilang kawalan rempuh 3 kereta lainterbabit kemalangan

 

“Siasatan mendapati aksi ‘wheelie’ yang berdurasi selama 31 saat berlaku pada 4.45 petang, 10 Mei lalu di Jalan Dato’ Syed Esa di sini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

 

Katanya, kedua-dua tangkapan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.

See also  Ops Ubah Suai Ekzos diperluas ke kawasan perumahan

 

Jelasnya, siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020).

 

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

 

Pihak polis katanya, menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukaj aksi-aksi yang boleh membahayakan nyawa sendiri atau orang lain, ibu bapa juga perlu memantau anak-anak mereka.

See also  Mayat lelaki reput ditemui di kawasan kebun

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Aksi Video Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367301
Users Today : 2213
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11933
Users Last 30 days : 64280
Users This Month : 56319
Users This Year : 367300
Total Users : 367301
Views Today : 3300
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18196
Views Last 30 days : 99337
Views This Month : 87138
Views This Year : 566204
Total views : 566205
Who's Online : 17
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares