Rakaman Ambulans terbabas dua mangsa cedera

Ambulans terbabas dua mangsa cedera

 

MUAR – Seorang pembantu perubatan patah tangan manakala seorang lagi pesakit cedera di muka selepas ambulans dinaiki mereka terlibat kemalangan di hadapan perumahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Jalan Bakri, Batu 4, di sini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Zuraimi Harun berkata, dalam kejadian pukul 12.20 tengah hari itu, pemandu ambulans bersama seorang lagi pesakit berusia 74 tahun dilaporkan selamat.

See also  Rakaman Motosikal melambung akibat masalah brek

 

“Kemalangan itu membabitkan empat mangsa dimana dua daripada mereka merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dua lagi adalah anak-beranak.

 

“Ibunya dilaporkan selamat manakala anaknya seorang wanita berumur 35 tahun cedera ringan di muka. Kesemua mangsa dibantu orang awam sebelum kami tiba ke lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini.

See also  {Video} Ambulans bawa bayi terbabit kemalangan

 

Difahamkan ambulans terbabit dalam perjalanan membawa pesakit dari arah Bakri menuju ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

 

Sejurus tiba di lokasi kejadian ambulans tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam longkang.

 

Zuraimi berkata, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian menghulur bantuan kecemasan.

 

Keempat-empat mangsa dibawa ke HPSF untuk rawatan lanjut.

 

See also  Warga emas cedera muka akibat penangan jalan berlubang 

▶️ KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rakaman Ambulans terbabas dua mangsa cedera " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124396
Users Today : 3819
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22068
Users Last 30 days : 69741
Users This Month : 18121
Users This Year : 124395
Total Users : 124396
Views Today : 5745
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33524
Views Last 30 days : 108228
Views This Month : 27637
Views This Year : 190027
Total views : 190028
Who's Online : 7
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares