Video Aksi Remaja bertindak Kejam campak kucing dalam lombong

Video Aksi Remaja bertindak Kejam campak kucing dalam lombong

Animal Malaysia tawarkan ganjaran RM2,000 kepada mereka yang berjaya menjejaki pelaku terbabit

Kuala Lumpur: Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelaku yang melempar kucing ke dalam lombong dipercayai di sebuah lokasi di Johor.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya menerima aduan berhubung insiden itu tadi dan sedih dengan nasib yang menimpa kucing berkenaan.

See also  Harimau Malaya menyerang jika berlaku 3 ancaman besar

 

Katanya, tindakan pelaku itu amat keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan.

 

“Perbuatan pelaku itu boleh menyebabkan kucing itu mati lemas atau dimakan ikan pemangsa.

 

“Bagi pihak persatuan, saya kesal kerana masih ada lagi individu tergamak melakukannya dan diharap pelaku itu diheret ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

 

Menurut Arie, video dikirimkan pengadu itu menunjukkan dua individu berada di kawasan lombong berkenaan.

See also  Bomba selamatkan anak kucing 2 hari terperangkap dalam paip limpahan

 

“Salah seorang mereka dilihat melempar kucing berkenaan manakala rakannya di sebelah hanya menyaksikan tindakan kejam itu.

 

“Saksi kejadian atau mereka yang mengenali pelaku terbabit atau rakannya diharap dapat menyalurkan maklumat ke WhatsApp di talian 016-6345464.

 

“Maklumat itu akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa dan Animal Malaysia tawarkan ganjaran RM2,000 kepada mereka yang berjaya menjejaki pelaku terbabit hingga didakwa dan dijatuhkan hukuman setimpal,” katanya.

See also  Tip penting permulaan penjagaan kucing :-

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video Aksi Remaja bertindak Kejam campak kucing dalam lombong " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156096
Users Today : 886
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24491
Users Last 30 days : 79920
Users This Month : 49821
Users This Year : 156095
Total Users : 156096
Views Today : 1619
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37131
Views Last 30 days : 123173
Views This Month : 76450
Views This Year : 238840
Total views : 238841
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares