{VIDEO} Apa nak jadi? Kecil lagi dah hisap vape

Apa nak jadi? Kecil lagi dah hisap vape

Negara-negara jiran kita termasuk Singapura, Thailand dan Brunei sejak awal lagi mengharamkan terus rokok elektronik (vape) atas sebab kesihatan.

 

Kuala Lumpur: Ketagihan menghisap rokok elektronik atau vape dikesan turut menular dalam kalangan kanak-kanak susulan video tular dua kanak-kanak tempatan menghisap peranti itu sejak kelmarin.

Melalui video tular itu, seorang kanak-kanak memakai baju-T putih terlebih dahulu dilihat menghisap rokok elektronik berwarna merah jambu sebelum menghembuskan asap putih.

Kanak-kanak itu kemudian menyerahkan vape itu kepada seorang lagi rakannya yang memakai baju kelabu.

Individu yang merakam video itu kemudian bertanyakan di mana kanak-kanak terbabit membeli vape itu sebelum salah seorang kanak-kanak terbabit mendakwa membeli vape itu pada harga RM500.

Individu terbabit kemudian bertanya sama ada duit digunakan untuk membeli vape itu diperoleh dari sumbangan duit raya diterima.

See also  Polis Siasat Gambar Exco Pulau Pinang Makan Dalam Kedai

Kanak-kanak terbabit kemudian berulang kali menghisap vape itu sambil memberi alasan ‘daripada hisap rokok lebih baik hisap vape.’

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed turut melahirkan kebimbangan apabila gejala menghisap vape semakin diterima masyarakat dan ‘berjangkit’ kepada kanak-kanak.

Beliau berkata, kajian dan tinjauan Tembakau dan Rokok Elektronik dalam kalangan Remaja Malaysia (TECMA) dilakukan sebelum ini mendapati 19.1 peratus remaja berusia 10 hingga 19 tahun pernah menggunakan rokok elektronik.

“Lebih membimbangkan lagi, 46.5 peratus daripada mereka mencuba rokok elektronik buat pertama kali sebelum usia 14 tahun.

“Sebanyak 10.6 peratus daripada mereka melaporkan pernah ditawarkan rokok elektronik manakala 7.9 peratus ditawarkan cecair untuk rokok elektronik secara percuma,” katanya.

Menurutnya, promosi rokok elektronik begitu berleluasa melalui media sosial, internet, kedai vape dan sebagainya sekaligus meningkatkan lagi risiko remaja mencuba lalu menjadi penagih vape atau nikotin.

See also  Lemon berkesan Turunkan Suhu Badan Anak Demam

Beliau yang juga Prinsipal Akademi Farmasi Malaysia berkata, hampir semua perisa vape yang digunakan pengguna alatan itu mengandungi nikotin, iaitu bahan kawalan di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 di mana ia sepatutnya hanya boleh dijual pengamal perubatan berdaftar seperti ahli farmasi ataupun doktor.

“Wap yang dihasilkan daripada aktiviti ‘vaping’ tidak kira sama ada daripada perisa yang mengandungi nikotin atau tidak, boleh memberi kesan tidak elok kepada kesihatan dan ketidakselesaan kepada orang-ramai,” katanya.

Tambahnya, belum ada bukti kukuh daripada kajian yang berkualiti tinggi bagi menyokong penggunaan rokok elektronik khasnya bagi tujuan membantu perokok berhenti.

“Negara-negara jiran kita termasuk Singapura, Thailand dan Brunei sejak awal lagi mengharamkan terus rokok elektronik (vape) atas sebab kesihatan.

See also  Kemahiran kanak- kanak Sabah bermain buaya menakjubkan

“Tinjauan Rokok Elektronik Kebangsaan (NECS) 2016 yang kami jalankan mendapati sekurang-kurangnya 600,000 atau 3.2 peratus dalam kalangan dewasa adalah perokok elektronik dan majoriti menggunakan cecair bernikotin. Penjualan cecair bernikotin sebegini menyalahi Akta Racun 1952 kerana hanya pengamal perubatan berlesen dibenarkan menjual bahan bernikotin untuk indikasi perubatan seperti membantu perokok berhenti,” katanya.

 

Disiarkan pada: Mei 23, 2021 @ 8:43pm

Mohd Jamilul Anbia Md Denin

anbia@hmetro.com.my

Video: Media sosial

#HarianMetro

#infosemasa

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO} Apa nak jadi? Kecil lagi dah hisap vape " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385646
Users Today : 1724
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17409
Users Last 30 days : 60962
Users This Month : 12650
Users This Year : 385645
Total Users : 385646
Views Today : 2640
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25806
Views Last 30 days : 92939
Views This Month : 18725
Views This Year : 593419
Total views : 593420
Who's Online : 6
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares