[VIDEO] LRT Kelana Jaya terlibat kemalangan, percikan darah merata-rata
166 cedera ringan… 47 cedera parah
Berita baru diterima
Perlanggaran diantara tren berpenumpang dan tren kosong didalam terowong KLCC
CYBERJAYA – Beberapa orang penumpang perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan.
Perkara itu disahkan oleh Rapid KL dalam satu kenyataan menerusi laman sosialnya sebentar tadi.


Bagaimanapun, menerusi hantaran tersebut tidak menyebut kemalangan itu berpunca daripada apa.
“LRT Kelana Jaya bernombor 40 dan 81 terlibat dalam kemalangan. Pasukan kami sedang melakukan kerja-kerja menyelamat sekarang.
“Mohon semua bertenang dan ikut arahan yang ditetapkan. Kami meminta maaf di atas kejadian yang berlaku ini.
Penumpang yang mengalami kecederaan. Gambar media sosial
“Pihak kami sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan kecemasan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.
Keadaan cemas dalam LRT berkenaan. Gambar media sosial
Sementara itu, bebarapa gambar dan video yang tersebar dalam media sosial yang menunjukkan penumpang dalam LRT berkenaan mengalami kecederaan dan terdapat percikan darah di beberapa tempat.
Berita baru diterima
Perlanggaran diantara tren berpenumpang dan tren kosong didalam terowong KLCC
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO} LRT Kelana Jaya terlibat kemalangan, percikan darah merata-rata " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.