Paus berukuran lebih tiga meter terdampar di pantai Kuala Baram
MIRI: Seekor ikan paus berukuran lebih tiga meter ditemui terdampar di pantai Kuala Baram sekitar jam 4.15 petang semalam.

Mamalia terbabit difahamkan sesat dan bertindak berenang di sepanjang perairan kawasan pesisir pantai.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan mengesahkan sepasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memindahkan semula paus ke laut.
Usaha mendorong mamalia terbabit bagaimanapun mengalami kesukaran berikutan ombak besar dan ikan paus itu difahamkan berpatah balik selepas ditolak ke laut.
Jelas kenyataan itu, usaha memindahkan ikan itu masih diteruskan oleh pasukan operasi bagi memastikan ianya kembali ke laut dengan selamat.
suarasarawak
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Paus berukuran lebih tiga meter terdampar di pantai Kuala Baram " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.