Terengganu: 90 positif gara-gara 30 individu zon merah pulang beraya   

Terengganu: 90 positif gara-gara 30 individu zon merah pulang beraya

 

Pelbagai alasan diberikan golongan berkenaan untuk merentas negeri, namun helah mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk beraya akhirnya terbongkar apabila ramai dalam kalangan ahli keluarga dijangkiti di samping peningkatan mendadak kes dalam lokaliti

 

KUALA TERENGGANU: Gara-gara 30 individu dari zon merah pulang ke Terengganu menyambut Aidilfitri mencetuskan 90 kes positif Covid-19 di tiga daerah di negeri ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus (foto) berkata, walaupun pelbagai alasan diberikan golongan berkenaan untuk merentas negeri, namun helah mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk beraya akhirnya terbongkar apabila ramai dalam kalangan ahli keluarga dijangkiti di samping peningkatan mendadak kes dalam lokaliti.

See also  Ketua Pengarah KPT disiasat hadir majlis hari raya

Katanya, di Kuala Terengganu seramai 40 orang disahkan positif Covid-19 hasil aktiviti rentas negeri dilakukan 13 individu manakala kepulangan sembilan individu ke Hulu Terengganu mengakibatkan 26 orang terkena jangkitan.

“Di Kemaman pula, daripada lapan individu yang merentas negeri dan daerah akhirnya menyebabkan 24 orang disahkan positif Covid-19.

“Orang larang ziarah Aidilfitri tetapi kita buat juga diam-diam dengan alasan hanya melibatkan anak-beranak dan kalau betul mematuhi SOP, jangkitannya mesti kecil tanpa melibatkan datuk, nenek, makcik, pakcik, cucu hingga sepupu,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

See also  19 rahsia Lengkuas yang perlu diketahui 

Nor Azimi berkata, larangan mengadakan majlis berbuka puasa, tadarus mahupun gotong-royong turut tidak diendahkan masyarakat hingga jangkitan meluas dalam komuniti.

Malah, katanya, pada Ramadan lalu orang ramai dikesan bersesak di pasar raya untuk membeli-belah sempena Aidilfitri di samping berbuka berkumpulan di kedai makan.

Menurutnya, dalam kejadian terbaharu sebuah pasar raya ditutup 14 hari kerana 17 pekerjanya disahkan positif Covid-19.

“Pelanggaran demi pelanggaran SOP berlaku, hasilnya kes naik dengan kematian berkali ganda.

See also  Covid19 3048 kes baru 25 Jan 2021

“Bermulanya PKP 3.0, mari kita buka buku baharu untuk kekal mematuhi SOP dan mengehadkan pergerakan. Nasihat ini untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira siapa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Terengganu: 90 positif gara-gara 30 individu zon merah pulang beraya    " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156713
Users Today : 554
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23368
Users Last 30 days : 78799
Users This Month : 50438
Users This Year : 156712
Total Users : 156713
Views Today : 991
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35404
Views Last 30 days : 121341
Views This Month : 77542
Views This Year : 239932
Total views : 239933
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares