Penahanan oleh Israel, Wisma Putra gesa pemilik IG bantu kesan ‘Dr Nur’

Wisma Putra gesa pemilik IG bantu kesan ‘Dr Nur’

KUALA LUMPUR: Wisma Putra meminta individu serta pemilik akaun Instagram (IG) @iesya_toh dan @nurhelizahelmi segera tampil dan mengemukakan maklumat berkenaan ‘Dr Nur’.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Foto Wanita Palestin

Ia susulan dakwaan mengenai perkongsian yang tular di media sosial berhubung penahanan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai ‘Dr Nur’ oleh pihak Israel.

 

Wisma Putra dalam kenyataan malam ini, berkata mana-mana individu lain yang mempunyai maklumat sahih berhubung identiti serta keberadaan ‘Dr Nur’ turut digesa tampil dan mengemukakan maklumat terbabit melalui e-mel bkrm@kln.gov.my.

 

Katanya, kementerian gagal mengenal pasti butiran peribadi serta perincian insiden yang menimpa ‘Dr Nur’, sekali gus menyulitkan usaha Perwakilan Malaysia menghubungi dan menyalurkan bantuan konsular sewajarnya kepada beliau.

See also  Nasihat penting dari PDRM media sosial sarang penyamun cari mangsa 

 

“Semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan juga mendapati tiada individu bernama ‘Dr Nur’ yang mendaftarkan keberadaan diri di Palestin atau menghubungi Perwakilan Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

 

“Kementerian Luar sudah berhubung dengan pihak berkuasa di Malaysia untuk membantu mengenal pasti identiti dan keberadaan ‘Dr Nur’, selain mengumpul maklumat berkenaan laporan dikemukakan, termasuk tangkap skrin posting dibuat orang awam berhubung insiden menimpa ‘Dr Nur’.

 

“Maklumat berkenaan juga sudah dipanjangkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

See also  Lokomotif elektrik diesel pertama negara bakal digunakan di Tanzania

 

Sebelum ini, media melaporkan, seorang pegawai perubatan Malaysia dikenali sebagai ‘Dr Nur’ didakwa ditahan tentera Israel dan berada dalam keadaan kritikal akibat ditembak ketika menjalankan misi bantuan perubatan di Palestin.

 

Menurut kenyataan itu, Wisma Putra juga sudah cuba menghubungi dua individu bernama Dr Aida dan Dr Shafiq, didakwa berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ‘Dr Nur’, namun mereka gagal dihubungi.

 

“Maklumat lanjut mengenai perkara ini adalah penting untuk pihak kementerian mencari penyelesaian untuk membantu ‘Dr Nur’. Kementerian sentiasa prihatin dan mengutamakan keadaan serta kebajikan rakyat Malaysia di luar negara.

See also  Pengumuman PM esok: Tidak perlu pembelian panik

 

“Perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa bersedia untuk membantu jika rakyat Malaysia di luar negara berada dalam kesulitan.

 

“Rakyat Malaysia disaran untuk sentiasa berhubung dengan Perwakilan Malaysia terdekat, jika berlaku sebarang kecemasan atau memerlukan sebarang bantuan konsular,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penahanan oleh Israel, Wisma Putra gesa pemilik IG bantu kesan 'Dr Nur' " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149857
Users Today : 1464
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22359
Users Last 30 days : 79579
Users This Month : 43582
Users This Year : 149856
Total Users : 149857
Views Today : 2023
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33688
Views Last 30 days : 121848
Views This Month : 66439
Views This Year : 228829
Total views : 228830
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares