Hari pertama PKPD, penduduk alih penghadang konkrit

Hari pertama PKPD, penduduk alih penghadang konkrit

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

28 Mei 2021, 2:58 pm

 

TEMERLOH – Baru hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di dua mukim di daerah ini, sudah ada individu yang bertindak degil memindahkan konkrit penghadang jalan untuk merentasi halangan berkenaan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mengalih konkrit di Jalan Bangau Tanjung itu menyaksikan penduduk yang menggunakan motosikal bertindak merentasi laluan yang ditutup itu.

 

See also  Kerana internet yang lemah, ayah mendirikan 'bilik darjah' anak perempuan di atas bukit

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7 pagi ini bertindak mengalihkan kembali penghadang konkrit dan memasang kawat besi di laluan berkenaan.

 

“Kita berharap orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPD.

 

“Ia penting untuk membendung penularan pandemik Covid-19 di daerah ini dan pihak polis akan terus melakukan pemantauan,”katanya di sini, hari ini.

See also  4 Jenis Hormon mental dalam badan manusia yang perlu diambil peduli

 

Bermula tengah malam semalam dua mukim iaitu Mukim Perak dan Mukim Bangau di daerah ini dikenakan PKPD sehingga 10 Jun depan susulan peningkatan ketara kes di kawasan berkenaan dalam tempoh 10 hari iaitu sebanyak 180 kes.

 

Bagi Mukim Perak antara lokasi terlibat ialah bandar Temerloh selain Kampung Belengu, Kampung Pangsenam, Kampung Buntut Pulau, Tanjung Lalang, Jalan Bahagia dan Kampung Batu Satu selain taman-taman sekitar.

 

Mukim Bangau pula membabitkan beberapa lokaliti antaranya Kampung Bangau Parit, Kampung Telok Ira, Kampung Tanjung Besar, Kampung Bukit Resak dan Kampung Gau Baru.-K!ONLINE

See also  2 ditahan guna surat Istana Negara palsu rentas negeri
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Hari pertama PKPD, penduduk alih penghadang konkrit " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146334
Users Today : 2783
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21640
Users Last 30 days : 77732
Users This Month : 40059
Users This Year : 146333
Total Users : 146334
Views Today : 3809
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32866
Views Last 30 days : 119082
Views This Month : 60996
Views This Year : 223386
Total views : 223387
Who's Online : 56
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares