Hospital Selayang pula sedia kontena khas mayat pesakit Covid-19
NASIONAL
27 May 2021
Hospital Selayang pula sedia kontena khas mayat pesakit Covid-19
Kontena khas yang disediakan di Hospital Selayang untuk menempatkan jenazah atau mayat pesakit Covid-19.


KUALA LUMPUR – Selepas Hospital Sungai Buloh, tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah/mayat pesakit Covid-19.
Perkembangan terbaharu itu dikongsi oleh Kementerian Kesihatan dalam hantaran di laman Facebook.
Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang itu boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh.
Ia berikutan kematian akibat wabak Covid-19 di negara ini semakin hari semakin bertambah terutama di Lembah Klang.
Setakat hari ini, 2,491 orang telah menjadi mangsa virus ini termasuk 59 kematian baharu hari ini. – MalaysiaGazette
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Hospital Selayang pula sedia kontena khas mayat pesakit Covid-19 " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.